Ulasan: Mark Zuckerberg ditawarkan oleh Bapanya untuk Menjadi Francais McDonald
Ditulis oleh: (a179493) Fatin Hanisah binti Abd Jalil
Mark Zuckerberg dibesarkan dalam keluarga yang berada di Dobbs Ferry, New York. Mark mula menggunakan komputer dan menulis software semenjak di bangku sekolah. Bapanya telah mengajar Mark perkara asas dalam pembangunan perisian (software development) pada tahun 1990an. Selepas itu, bapanya, Edward telah mengupah pengaturcaraan, David Newman untuk mengajar Mark berkaitan dengan programmer secara persendirian.
Mark Zuckerberg mengambil kursus "software development" di Mercy College ketika beliau masih bersekolah menengah. Mark telah mewujudkan program “ZuckNet” yang membenarkan komputer Mark di rumah berhubung di antara satu sama lain dengan klinik gigi milik bapanya, Edward. Selepas setahun Mark membina Zucknet, beliau telah mewujudkan 'primitive version of AOL’s Instant Messenger'.
Ketika Mark Zuckerberg masih di alam persekolahan, beliau telah mencipta music player yang dipanggil sebagai “Synapse Media Player” untuk mempelajari tabiat mendengar pengguna. Majalah PC telah menilai music player itu sebanyam 3/5. Sebelum Mark melangkah kaki ke Harvard, beliau dianggap sebagai programmer yang luar biasa. Bapanya menawarkan supaya menjadi francais di McDonald daripada meneruskan pengajian ke Harvard.
Berdasarkan hasil temu bual dengan kakak Mark Zuckerberg, Randi, beliau mengatakan bahawa Mark Zuckerberg ditawarkan oleh bapanya sama ada memilih Harvard atau menjadi francais dan menjalankannya perniagaan tersebut. Keputusan yang diambil oleh Mark adalah Harvard dan bapanya masih menawarkan francais supaya Mark meninggalkan Harvard. Pilihan yang dibuat oleh Mark itu telah
menjadikan beliau sebagai CEO Facebook sehingga ke hari ini.
Pilihan yang dilakukan oleh Mark itu telah menjadikan Mark sebagai seorang pengasas Facebook. Kira-kira 2.32 billion pengguna bulanan di seluruh dunia yang menggunakan aplikasi Facebook ini dan Mark memiliki nilai bersih bernilai $50 Billion. Facebook telah membawa masuk pendapatan pada suku terbaru bernilai $16.9 billion. Menurut laporan daripada kajian perniagaan francais, kira-kira $150,000 purata pendapatan tahunan pemilik francais McDonald dan purata keuntungan tahunan kira-kira $1.8 juta.
Pada tahun 2007 ketika Mark Zuckerberg berusia 23 tahun, beliau telah
berjaya menjadi seorang jutawan yang termuda. Malahan, pendapatan yang diperolehinya itu adalah melebihi pendapatan seorang francais. Perkara ini telah membuktikan bahawa Mark Zuckerberg telah mencapai kegemilangannya.
Comments
Post a Comment