Pengucapan Awam Mark Zuckerberg mengenai “Mencari Tujuan”

 Ainur Aisyah Binti Norharidan (A179526)

https://www.youtube.com/watch?v=ksZpu1s1LV0 

Mark Zuckerberg, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, adalah penceramah pilihan pada sesi petang pada hari permulaan ke-366 Harvard pada hari Khamis tersebut. Setelah berhenti dari kolej untuk bekerja di Facebook, Zuckerberg kembali ke Harvard untuk mengumpul ijazah kehormat. Beliau berkongsi dengan penonton apa yang dia pelajari tentang generasi semasa dan dunia yang sedang kita bina bersama. Berikut adalah beberapa sorotan utama daripada ucapannya.

Mark Zuckerberg menghadapi cabaran yang lebih besar daripada mentakrifkan idea bagi ucapan permulaan “Class of Harvard 2017” sebagai seorang ikon generasi millennium, pengasas facebook yang menghubungkan dunia dan selebriti yang mengalami pelbagai khabar angin pada masa lalu dalam menarik perhatian penonton-penonton iaitu graduan Harvard dalam pengucapan awamnya. Beliau berjaya meletakkan dirinya bersama graduan sebelum mengubah persepsi mereka untuk menjadikan dunia mereka lebih cerah. Dalam pengucapan Mark, beliau berpendapat mencari tujuan tidak sahaja mencukupi. Cabaran untuk generasi di era globalisasi ini ialah mewujudkan dunia di mana setiap orang mempunyai tujuan dalam kehidupan.

Mark mengongsikan tiga solusi yang harus dilakukan oleh generasi akan datang dalam membina dunia dimana setiap orang diberi peluang untuk memiliki peluang. Idea yang pertama yang diutarakan oleh pengasas Facebook ini adalah mengambil peluang dalam projek yang besar dan bermakna dalam diri. Beliau menyatakan dalam ucapannya bahawa setiap generasi mempunyai kerjaya yang menentukan. Sebagai contoh, berjuta-juta sukarelawan memberi imuniasasi kepada kanak-kanak di se seluruh dunia terhadap vaksin polio. Projek seperti ini bukan sahaja menyediakan tujuan orang yang melakukan pekerjaan itu, mereka memberi manfaat kepada orang yang lain kerana boleh memberi kesan yang mendalm dalam pekerjaannya. Tiada siapa yang mengetahui segala-galanya apabila mereka bermula. Idea tidak akan terbentuk sepenuhnya. Ia akan menjadi jelas apabila kita mengusahakannya. Sebagaimana, Mark mengulas dalam ucapannya, “sekiranya saya perlu memahami segalanya mengenai menghubungkan komuniti sebelum saya mengorak langkah, maka saya tidak akan memulakan membina Facebook”. Masyarakat kini tidak ingin melakukan perkara yang besar kerana sangat takut melakukan kesilapan dan mengalami kegagalan. Realitinya, apa sahaja yang kita lakukan pasti ada konflik di masa hadapan. Namun, ia bukan menjadi alasan dan penghalang kita daripada bermula sesuatu perkara.

Solusi yang seterusnya adalah memperbaiki ketidaksamaan antara masyarakat agar semua orang dapat mengejar impian. Dalam ucapan ini, Mark membuat satu analisis bahawa generasi sebelum ini dan kini mempunyai perbezaan ketara dalam aspek kerjaya. Dimana generasi dahulu mempunyai pekerjaan yang stabil sepanjang kerjaya mereka tetapi berlaku sebaliknya dalam generasi kini iaitu, mereka menghadapi pelbagai cabaran dalam kerjaya. Generasi kini lebih kepada keusahawanan dan ia mudah selari dengan kemajuan sains dan teknologi bagi mencuba banyak idea. Mark ingin menekankan isu penting yang dapat dilihat hari ini, dunia mempunyai tahap ketidaksamaan dalam isu kewangan dan kekayaan. Setiap generasi perlu mengembangkan definisi kesamarataan. Generasi terdahulu memperjuangkan undi dan hak sivil. Maka, tiba masa generasi kini menentukan kontrak sosial baharu agar tidak berlaku jurang antara komuniti. Beliau percaya bahawa kita harus meneroka idea-idea seperti pendapatan asas sejagat untuk memberi peluang kepada semua orang orang mencuba perkara baharu. Oleh hal yang demikian, setiap komuniti perlu mencuba dan memberi peluang masing-masing meneroka sesuatu yang baharu agar tidak berlaku jurang sosioekonomi dalam masyarakat kita.

Sorotan terakhir dalam ucapannya yang diperkongsikan bersama penontonnya adalah membina hubungan komuniti secara globalisasi. Mark menyatakan dalam kaji selidik yang mempersoalkan kepada golongan milenial di seluruh dunia, “apakah yang mentakrifkan identiti mereka, lalu jawapan yang paling terkenal bukanlah kewarganegaraan, agama atau etnik namun ia adalah “citizen of the world” atau warganegara dunia. Beliau menekankan isi penting dalam ucapannya bahawa peluang generasi kini global dimana generasi kini boleh membendung kadar kemiskinan dan menamatkan penyakit. Namun, penyataan adalah cabaran terbesar kerana memerlukan tindak balas dan respon global juga. Hal ini kerana, tiada negara mampu melawan perubahan iklim secara bersendirian atau mencegah wabak. Zuckerberg percaya bahawa generasi kini mampu membina semula komuniti dan memula komuniti baharu kerana telah ramai mengorak langkag. Beliau menyatakan perubahan global bermula dari langkah yang kecil. Kita berupaya membina komuniti dan mencipta dunia di mana setiap orang mempunyai tujuan mengejar cita-cita dan kejayaan.

Berdasarkan ucapan yang dibentangkan oleh Mark Zuckerberg, dapat disimpulkan bahawa gabungan kerjaya yang berjaya, keluarga yang bahagia dan rangkaian sosial yang kukuh adalah kehidupan yang sempurna yang memerlukan kunci utama dalam kehidupan iaitu tujuan. Mencari tujuan dalam kehidupan adalah wadah utama untuk menjadi kehidupan lebih baik. Tujuan adalah penyesuaian, dalam erti kata evolusi. Ia membantu kedua-dua individu dan masyarakat untuk terus hidup. Kehidupan akan lebih bermakna dan jelas apabila kita mengetahui tujuan dan matlamat hidup. Tambahan pula, matlamat hidup ini memberi manfaat kepada diri sendiri dan orang sekeliling agar mewujudkan persekitaran yang daya saing yang sihat.


Comments

Popular Posts