Refleksi : Pembawaan Mark Zuckerberg Dalam Mengembangkan "Metaverse"

Badrul Alif Naqiuddin Bin Badrulzaman (A1800420

Sumber : https://www.youtube.com/watch?v=Uvufun6xer8&ab_channel=Meta

        Manusia dan teknologi adalah suatu perkara yang tidak dapat dipisahkan kerana teknologi telah banyak membantu kita untuk melancarkan segala urusan harian yang perlu dilakukan. Akan tetapi semakin maju teknologi yang terdapat pada masa kini semakin tinggi permintaan masyarakat untuk menjadikan teknologi ini lebih seronok untuk digunakan. Perkara telah dibangkitkan oleh Mark Zuckerberg dalam pembentangannya berkaitan “Metaverse”.


Konsep yang ingin dibawa oleh Mark Zuckerberg dalam penjenamaan semula Facebook kepada “Metaverse” amatlah luar biasa kerana Mark Zuckerberg cuba menjadikan teknologi yang ada pada masa kini mampu di akses secara tanpa batasan. Tanpa batasan di sini bermaksud individu yang menggunakan teknologi atau aplikasi pada masa tersebut dapat merasakan diri mereka seolah-olah berada di tempat kejadian.

Dan jika perkara ini dapat dihasilkan maka dengan itu kita sebagai pengguna pasti akan dapat merasai keseronokkannya.



Idea “Metaverse” ini tercetus apabila Mark merasakan komunikasi melalui telefon pintar sahaja tidak mampu memberi keseronokan dan ia kurang memberi kesan terhadap apa yang sedang dilakukan pada suatu-suatu masa tersebut. Oleh yang demikian, Mark mencuba untuk menjadikan semua perkara yang dapat dilakukan pada telefon pintar menjadi realiti walaupun ia sebenarnya sedang dilakukan di tempat-tempat yang berbeza dan perkara ini telah dipecahkan kepada beberapa pecahan. Antara bahagian yang disentuh oleh Mark dalam pengenalan “Metaverse” adalah perhubungan sosial, hiburan, permainan video @ telefon pintar, pembelajaran, senaman dan perdagangan.




Dalam 5 pecahan yang disebutkan oleh Mark terdapat beberapa pecahan yang amat saya berminat untuk menggunakannya apabila aplikasi ini berjaya dihasilkan. Yang pertama adalah pembelajaran, dalam konteks ini Mark mencuba untuk memudahkan para pelajar untuk mempelajari suatu perkara yang melangkaui akal fikiran kita iaitu seperti contoh yang digambarkan adalah pembelajaran yang berkaitan alam semesta dan juga tamadun pada zaman dahulu. Perkara ini bukanlah suatu perkara yang baru kerana seperti kita sedia maklum terdapat banyak bahan bacaan yang berkaitan dua perkara ini, akan tetapi ia akan menjadi lebih menarik apabila kita sendiri dapat merasai pengalaman berada di tempat berkenaan, dengan adanya cara ini maka ia dapat meningkatkan lagi tahap pemahaman pelajar kerana ia telah terlibat secara nyata.



Pecahan kedua yang dapat menarik perhatian saya adalah permainan video, apabila disebut berkaitan permainan video maka tidak hairanlah jika ia mendapat sambutan yang hangat daripada golongan muda kerana ia merupakan zaman mereka. Inovasi yang ingin dilakukan oleh “Metaverse” terhadap kualiti permainan video ini adalah Mark mencuba untuk menjadikan komunikasi di dalam permainan video menjadi nyata iaitu dengan meletakkan setiap individu di dalam suatu pasukan seolah-olah berada dalam situasi permainan tersebut dan perkara ini amatlah menarik kerana sebagai seorang penggemar permainan video perkara seperti ini merupakan satu saat yang dinanti-nantikan kerana ia akan menjadi lebih mencabar jika kita dapat merasai dengan lebih jelas situasi di dalam permainan.


Kesimpulan daripada perubahan yang cuba dibawa oleh Mark Zuckerberg dalam “Metaverse” merupakan suatu perkara di luar jangkauan akal manusia kerana setiap perkara yang ingin dilakukan melibatkan keberadaan seseorang itu ditempat kejadian. Oleh sebab itu, perkara ini seakan mustahil untuk dilaksanakan tetapi jika ianya berjaya maka ia akan menjadi satu kejayaan yang besar buat “Metaverse” dan juga kesenangan buat seluruh masyarakat dunia.


Comments