Refleksi: Pemuda Terkenal dan Terkaya Dunia serta Peristiwa Mark Zuckerberg dalam Alami Penyusutan Kekayaan 2021
Nadia Sholehah binti Nordin (A180109)
Sumber 1: http://www.infospesial.net/52798/mark-zuckerberg-pemuda-terkaya-sejagat
Sumber 2: https://www.astroawani.com/berita-bisnes/kekayaan-zuckerberg-merosot-lebih-6-bilion-323591
Mark Elliot Zuckerberg merupakan pemilik
media bersama Facebook, Inc. yang berkhidmat sebagai pengerusi, ketua pegawai
eksekutif, dan pemegang saham kawalan. Pada tahun 2007 iaitu pada usianya 23
tahun, beliau telah mendapat gelaran billionare termuda di dunia. Seterusnya
hingga Jun 2021, nilai bersih beliau ialah $123.1 bilion, menjadikan Zuckerberg
orang ke-5 terkaya di dunia. Kini, Mark Zuckerberg dikenali Ketua Pegawai Eksekutif
(CEO) Facebook dan teknologi terkaya di dunia.
Sebagai individu terkaya di antara
semua manusia di bumi di bawah usia 35 tahun menurut versi Wealth-x dengan
kekayaan 41.6 bilion dolar AS, menurut Economics Times, 2015. Manakala dua
rakannya yang turut menyumbang kepada penciptaan Facebook, Dustin Moskovits dan
Eduardo Saverin masing-masing berada di kedudukan ke-2 dan ke-4 dengan kekayaan
9.3 dan 5.3 bilion dolar AS. Sebagai tambahan kepada trio pengasas Facebook,
senarai itu termasuk Scott Duncan ($5 bilion), Elizabeth A Holmes ($4.5
bilion), Nathan Blecharczyk ($3 bilion), dan Thomas Persson ($2.7 bilion).
Mark Zuckerberg telah dianugerahkan
dari pelbagai pihak seperti majalah-majalah dan program-program di kaca
televisyen dengan beberapa gelaran. Majalah Time telah menamakan
Zuckerberg sebagai salah satu daripada 100 orang paling berpengaruh di dunia
sebagai sebahagian daripada anugerah Person of The Year pada tahun 2008.
Majalah Vanity Fair menamakan Zuckerberg nombor 1 dalam senarai
100 Teratas "orang paling berpengaruh dalam Era Informasi" pada tahun
2010 manakala tahun 2009 beliau menduduki tempat ke-23 dalam senarai Vanity
Fair 100.
Mark Zuckerberg juga telah dipilih
sebagai nombor 16 dalam tinjauan tahunan New Statesman terhadap 50 tokoh paling
berpengaruh di dunia pada tahun 2010. Pada Disember 2016, Zuckerberg telah
menduduki tempat ke-10 dalam senarai Forbes Orang Paling Berpengaruh Dunia.
Pada tahun 2021, kekayaan
peribadi Mark Zuckerberg, merosot lebih AS$6 bilion dalam hanya beberapa jam
susulan gangguan pada platform media sosial yang bermula lewat semalam. Beberapa
minggu sebelum ini kekayaannya bernilai AS$140 bilion. Hal ini menyebabkan
pengasas bersama Facebook itu terjatuh satu anak tangga dalam senarai individu
terkaya dunia, lapor Bloomberg.
Penjualan saham Facebook Inc. secara besar-besaran
menyebabkan ia jatuh 4.9%, tambahan pada kemerosotan sebanyak 15% dialami
syarikat itu sejak pertengahan September. Kejatuhan harga saham menyebabkan
kekayaan Zuckerberg merosot pada AS$121.6 bilion dalam senarai Indeks
Jutawan Bloomberg manakala pada 31 Julai 2021, harta kekayaan Mark
Zuckerberg sudah kembali meningkat mencapai AS$128.2 bilion di bawah Bill Gates.
Maka
disebabkan peristiwa tersebut berlaku, ribuan pengguna Facebook, Instagram dan WhatsApp mengalami
kesukaran mengakses platform media sosial itu dalam kejadian yang disifatkan
sebagai "masalah teknikal terbesar pernah berlaku".
Comments
Post a Comment