Refleksi: Ungkapan terbaik Mark Zuckerberg, pengasas Facebook
Nadia Sholehah binti Nordin (A180109)
Sumber: https://ms.youthministryinitiative.org/the-15-best-phrases-of-mark-zuckerberg-751
Dalam artikel tersebut kita akan mengulas petikan terbaik Mark
Zuckerberg, serta beberapa petikan dari ceramah, wawancara dan bukunya.
Apabila Idea terbentuk semestinya perlu untuk kita usahakannya.
Manusia mudah menjadi idealis, tetapi mesti bersedia untuk disalahpahami oleh
orang lain. Orang yang cemerlang biasanya lambat mendapat persetujuan dari
persekitaran atau orang sekeliling mereka. Kunci penting untuk sebarang projek
adalah jalannya dilakukan dengan berjalan kaki. Ini menunjukkan bahawa manusia
perlu membuat sesuatu itu dengan perlahan tetapi langkah demi langkah dan
berstrategi.
Memiliki tujuan adalah sangat perlu dan penting untuk menuju ke
arah kebahagiaan atau keseronokan dalam membuat sesuatu kerja. Motivasi
berfikir bahawa kita adalah bahagian dari sesuatu yang lebih besar, bahawa kita
perlu, bahawa kita mempunyai tujuan untuk dikerjakan. Motivasi ini adalah apa
yang membuat kita benar-benar bahagia.
Keusahawanan berkembang apabila mudah mencuba pelbagai idea.
Facebook bukanlah projek pertama yang saya bangunkan. Keupayaan untuk menguji
idea adalah apa yang membuat projek bergerak ke arah yang betul.
Terdapat tiga cara untuk mewujudkan dunia di mana setiap orang
mempunyai motivasi di mana antaranya merupakan salah satu frasa Zuckerberg yang
paling tepat menentukan falsafah kerjanya. Cara tersebut adalah mengambil
projek besar yang relevan bersama-sama, mentakrifkan semula peluang yang sama
untuk memiliki kebebasan untuk memilih motivasi kita dan mewujudkan komuniti
global.
Kejayaan yang paling penting dicapai apabila ada kemungkinan
kegagalan. Jika tidak, kita tidak akan menemui kegembiraan mengatasi keraguan
dan rintangan.
Peraturan praktikal yang sangat mudah bagi perniagaan adalah
bermula dengan perkara yang paling mudah, sehingga kemajuan akan datang. Tiada
sesiapa pun mahu memulakan projek yang merangkumi seribu perkara. Justeru, fokus
pada satu kemudian kembangkannya sehingga sempurna.
Orang boleh menjadi sangat pintar atau mempunyai kebolehan yang
luar biasa, tetapi jika mereka tidak mempercayai diri dan idea sendiri, mereka
tidak akan bekerja keras untuk itu. Kunci kejayaan bukanlah berpotensi, tetapi
mengetahui bagaimana melaksanakannya dengan cara yang betul.
“Saya memulakannya dengan 19 tahun dan tanpa mempunyai idea
perniagaan. Sekiranya saya boleh, semua orang boleh” kata Mark Zuckerberg. Ungkapan
motivasi ini adalah bagi sesiapa sahaja yang ingin memulakan perniagaan, pada
usia berapa pun.
Comments
Post a Comment