Refleksi: tiga kunci kejayaan Facebook menurut Mark Zuckerberg
Muhamad hazman bin suria affandy (A180156)
https://www.youtube.com/watch?v=Vl74ypiwlA4
Kejayaan
Mark Zuckerberg dalam bidang keusahawanan tidak dapat dipertikaikan lagi.
Penciptaan Facebook miliknya menjadi bukti kejayaannya yang bahkan mewujudkan
fenomena baru diawal kewujudan Facebook. Sehingga sekarang Facebook menjadi
aplikasi yang sering digunakan untuk pelbagai tujuan. Mark Zuckerberg telah
mengecilkan faktor kejayaan Facebook kepada tiga kunci kejayaan.
Kunci
yang pertama adalah Facebook mempunyai usahawan yang cekap, berwawasan tahu
bagaimana untuk memanfaatkan perkembangan semasa. Pasukan usahawan dalam
Facebook yang diketuai oleh Mark Zuckerberg sendiri mempunyai wawasan yang
tinggi. Bahkan sebelum sejarah penciptaan Facebook cukup untuk membuktikan
bahawa wawasan yang tinggi dimiliki oleh beliau. Beliau sanggup berhenti dari
pengajianya untuk memberi fokus kepada perkembangan Facebook miliknya. Beliau
percaya bahawa Facebook mampu maju dan menghasilkan sebuah kejayaan kepada
dirinya.
Selain
itu, Facebook juga mempunyai usahawan yang bijak memanfaatkan perkembangan
semasa. Sepanjang perkembangan Facebook sejak kewujudannya banyak syarikat lain
cuba melakukan perkara yang sama untuk meraih keuntungan. Namun, para usahawan
Facebook sentiasa mengeluarkan idea-idea baru sesuai dengan kehendak pengguna.
Hal ini yang menjadikan Facebook masih kekal sehingga sekarang tidak seperti
kebanyakan aplikasi lain yang sudah tidak mandapat sambutan dari pengguna.
Kunci
yang kedua adalah berani. Beliau mengatakan setiap usahawan perlu berani
mengambil keputusan untuk kebaikan syarikat. Risiko tidak bererti memusnahkan
hasil kerja sendiri namun beliau menganggap risiko yang diambil beliaulah yang
meletakkan Facebook pada kedudukan sekarang. Beliau berani mengubah dan
menambah ciri-ciri baru dalam Facebook untuk memastikan aplikasi tersebut
sentiasa diperlukan dan dicari oleh pengguna di selurruh dunia.
Kunci
yang terakhir adalah bertindak mengikut keadaan. Mark Zuckerberg menyatakan
sebuah syarikat yang besar perlu diurus dengan cara yang besar manakala
syarikat yang kecil perlu diurus dengan cara yang kecil. Facebook diurus dengan
cara yang sepatutnya. Beliau membuat perubahan dalam syarikat tersebut mengikut
kesesuaian dan perkembangan syarikat tersebut. Jika sebuah syarikat diurus
dengan cara yang salah maka syarikat tersebut akan huru-hara dan akan berakhir
dengan kegagalan secara cepat atau lambat.
Kesimpulannya,
3 kunci tersebutlah yang meletakkan Facebook pada kedudukan sekarang ini.
Setiap syarikat akan melalui cara yang berbeza dalam mencapai kejayaan namun 3
kunci ini tidak dapat dipisahkan jika sesebuah syarikat ingin terus maju.
Comments
Post a Comment