Refleksi: prinsip keusahawanan Mark Zuckerberg
Muhamad hazman bin suria affandy (A180156)
Apabila
bercakap berkenaan tokoh usahawan berjaya di dunia, nama Mark Elliot Zuckerberg
tidak pernah terlepas dari senarai tersebut. Mark Zuckerberg merupakan tokoh
usahawan yang telah berjaya dengan penciptaan aplikasi Facebook miliknya. Kini,
sudah lebih 5.5 juta pengguna Facebook di seluruh dunia dan terus meningkat
dari masa ke semasa. Namun apakah prinsip keusahawanan yang telah diterapkan
oleh Mark Zuckerberg sehingga mampu mencapai kejayaan yang menakjubkan.
Antara
prinsip beliau sebagai seorang usahawan adalah menganggap setiap sesuatu yang
berlaku pasti ada hikmahnya. Mark Zuckerberg pernah melancarkan Facemash semasa
berada di Universiti Harvard, namun idea beliau ditolak oleh pihak university
dengan menganggap ia suatu program yang tidak beretika dan kemungkinan Mark
akan dibuang universiti tersebut. Walaupun begitu, Mark sentiasa menganggap
setiap suatu yang berlaku pasti ada hikmahnya dan menjadikan peristiwa tersebut
sebagai motivasi kepada beliau untuk terus memperbaiki dan terus mamajukan
diri. Sikap tersebut menjadi salah satu faktor yang penting terhadap kedudukan
beliau sekarang.
Mark
Zuckerberg merupakan seorang yang bercita-cita tinggi yang juga menjadi prinsip
beliau sebagai seorang usahawan. Sepertimana yang kita tahu Mark Zuckerberg
telah berhasil mencipta fenomena dengan penciptaan aplikasi Facebook yang jelas
merupakan kejayaan yang besar. Kejayaan tersebut tidak membuatkan Mark mudah
berpuas hati dan terus menikmati kejayaannya dengan kehidupan yang mewah, namun
Mark terus bermimpi dan berusaha mewujudkan mimpinya itu dengan mengembangkan
aplikasi Facebook yang dimiliki kepada Metaverse. Walaupun idea tersebut banyak
dikritik oleh orang lain termasuk Elon Musk, namun beliau tetap ingin
mewujudkan mimpi beliau yang dijangka mampu mengubah dunia dan mencipta
fenomena baru apabila ideanya berhasil. Idea ini membuktikan bahawa cita-cita
Mark Zuckerberg mempunyai cita-cita yang sangat tinggi yang menjadi faktor
besar kejayaan besar dalam hidupnya.
Kegagalan
menjadi suatu yang wajib ditempuhi oleh setiap orang yang ingin berjaya. Mark
Zuckerberg juga mempunyai prinsip yang sama yang menjadikan kegagalan sebagai
batu loncatan untuk mencapai kejayaan. Sepanjang beliau menguruskan aplikasi
Facebook, beliau telah banyak kali menemui kegagalan dengan cuba mencipta
sistem chat, muzik, game dan sebagainya. Namun kegagalan tersebut mencadi
semangat kepada beliau untuk terus memperkasakan idea-idea yang telah beliau
temukan. Dan sepertimana yang kita lihat sekarang Facebook sudah menjadi aplikasi ‘one stop center’ yang
mempunyai banyak ciri-ciri baharu bukan sahaja terbatas kepada sistem chat dan
perkenalan sahaja. Sekarang Facebook juga dilihat sebagai tempat menjual
barangan, streaming dan sebagainya. Ciri-ciri ini yang dahulunya dilihat
sebagai kegagalan telah menjadi faktor kepada kukuhnya aplikasi Facebook
sebagai tumpuan pengguna sehingga sekarang.
Kebanyakan
orang sudah mengetahui cerita bahawa Mark Zuckerberg pernah berhenti dari
pengajiannya di Universiti Harvard untuk mencapai keinginannya. Perkara ini
dianggap gila bagi orang normal kerana tindakan tersebut sangat berisiko dan
boleh membawa kepada penyesalan. Namun, Mark Zuckerberg sangat memahami dan
mempercayai dirinya sendiri sehingga sanggup mengambil risiko tersebut. Prinsip
memahami dan mempercayai diri sendiri menjadi faktor kejayaan Mark Zuckerberg
sebagai usahawan. Beliau sanggup berhenti dari pengajiannya semata-mata untuk
mewujudkan keinginannya iaitu mencipta aplikasi Facebook. Beliau sangat
memahami dirinya sendiri bahawa dirinya lebih menikmati perjuangan sebagai seorang
usahawan berbanding pelajar serta mempercayai diri sendiri mendirikan aplikasi
tersebut dari kosng tanpa sebarang jaminan. Namun hal itulah yang menjadi sebab
kepada kejayaan Facebook sehingga sekarang.
Kejayaan
yang sebanar sebagai seorang usahawan adalah tidak lain selain dapat memberi
manfaat kepada orang lain. Perkara tersebut juga merupakan salah satu prinsip
yang dipegang oleh Mark Zuckerberg. Sepertimana yang sudah maklum, beliau
adalah tokoh yang sangat berjaya di dunia yang, walaupun begitu beliau tidak
pernah lupa akan tujuan asalnya mewujudkan Facebook iaitu untuk membantu orang
ramai. Beliau tidak pernah berhenti berkongsi rahsia dan cara beliau untuk
berjaya dalam hidup terutama kepada golongan usahawan muda. Selain itu,
aplikasi Facebook ynag diciptanya sebdiri telah banyak membantu orang lain
untuk mencari duit contohnya seperti mempromosikan perniagaan secara online,
streaming, adsence dari video dan sebagainya. Islam juga mengajar bahawa
sedekah tidak akan sedikitpun mengurangkan harta. Oleh itu, prinsip ini
sangatlan bertepatan dan perlu diikuti oleh semua golongan bukan hanya
usahawan sahaja.
Secara
keseluruhannya, banyak prinsip yang dipegang oleh Mark Zuckerberg dalam
mencapai kejayaan dalam hidupnya. Perkara tersebut perlu dicontohi untuk
melihat perubahan pada diri dan kerjaya kita. Lebih-lebih lagi sebagai seorang
usahawan yang memerlukan banyak perngorbanan sebelum mencapai kejayaan.
Comments
Post a Comment