Refleksi: peraturan utama Mark Zuckerberg untuk berjaya
Muhamad hazman bin suria affandy (A180156)
https://www.youtube.com/watch?v=HMpWXQpogqI
Dia seorang pengaturcara komputer Amerika dan usahawan
Internet. Dia terkenal sebagai salah seorang daripada lima pengasas bersama
laman web rangkaian sosial Facebook. Dia pengerusi dan ketua eksekutif
Facebook, dan kekayaan peribadinya, setakat Julai 2015, dianggarkan berjumlah
$38.6 bilion. Beliau ialah Mark Zuckerberg dan berikut ialah peraturan utama
untuk kejayaan beliau.
Peraturan pertama yang Mark Zuckerberg tekankan adalah
mendapatkan maklum balas. Beliau mula berminat menggunakan komputer dan
perisian penulisan sejak dari sekolah menengah. Beliau sedia untuk belajar
dengan siapapun tanpa mengira latar belakang untuk mendapatkan jawapan kepada
persoalan soalan beliau berkenaan perisian tersebut. Apabila beliau melanjutkan
pelajaran ke Uniersiti Harvard, semakin mudah untuk beliau mendapatkan rujukan
dari perpustakaan, rakan dan pensyarah di sana. Hasil dari itulah terwujudnya
Facebook hasil ciptaan beliau sendiri dengan mendapatkan banyak maklum balas
dari banyak pihak.
Membuat kesilapan juga menjadi peraturan jika ingin
berjaya. Seseorang yang takut akan kegagalan tidak akan merasai kejayaan kerana
menurut beliau setiap kejayaan harus melalui kegagalan terlebih dahulu. Beliau
mengakui banyak melakukan kesilapan sebelum, semasa dan setelah terwujudnya
Facebook, namun beliau tidak pernah membiarkan kegagalan tersebut menjadi hambatan
kepada dirinya bahkan ia menjadi motivasi kepada beliau untuk mencipta yang
lebih baik. Oleh itu, terwujudlah Facebook yang telah menjadi fenomena suatu
ketika dahulu dan terus kukuh sehingga sekarang sebagai aplikasi yang mempunyai
banyak pengguna.
Peraturan seterusnya adalah membuat perubahan kepada
dunia. Mark Zuckerberg sentiasa menekankan kepada dirinya untuk membuat
perubahan kepada dunia bukan sahaja kejayaan yang biasa disasarkan oleh orang
biasa seperti mempunyai gaji yang besar, rumah yang banyak, kereta mewah dan
sebagainya. Beliau menganggap jika sasaran hanya seperti orang biasa jadi
kejayaan yang digapai juga akan biasa sahaja. Beliau sentiasa menekankan kepada
diri untuk mengubah dunia kepada yang lebih baik dan terhasillah aplikasi Facebook
yang banyak memberi manfaat kepada orang ramai dan seterusnya mengubah dunia
menjadi lebih baik apabila ramai yang dapat mencari wang hasil dari aplikasi
beliau. Perkara tersebut tidak akan terwujud jika sasaran beliau hanya ingin
mendapatkan kemewahan seperti orang lain.
Kejayaan tidak dapat direalisasikan dengan usaha seorang
diri, kejayaan biasanya terhasil dari sebuah pasukan dan kerjasama. Bina
pasukan yang bagus menjadi peraturan kepada kejayaan Mark Zuckerberg. Pasukan
yang bagus akan mewujudkan sautu sistem kerja yang harmoni tanpa gangguan
terutama dari sudut emosi. Emosi yang terganggu dalam kalangan ahli pasukan
menjadi faktor besar kepada kegagalan sesebuah pasukan dalam mencapai kejayaan.
Mark Zuckerberg sangat mementingkan hal tersebut, sebagai contoh beliau
memulakan projek Facebook dengan rakannya yang bernama Kx Jin yang mempercayai
beliau di saat rakannya yang lain menganggap projek tersebut tidak akan
berjaya. Kepercayaan dalam kalangan ahli pasukan menjadikan pasukan yang dibina
Mark Zuckerberg mampu mencapai kejayaan. Pada tahun 2007, Mark Zuckerberg
menjadi bilionair hasil kejayaan Facebook yang dicipta bersama pasukannya.
Memberikan perhatian yang penuh terhadap apa yang
diusahakan. Perkara tersebut menjadi peraturan utama dalam mencapai kejayaan
menurut Mark Zuckerberg. Beliau sangat fokus terhadap apa yang beliau ingin
capai termasuk permulaan penciptaan Facebook. Beliau sanggup berhenti dari
pengajiannya di Universiti Harvard untuk fokus terhadap aplikasi Facebook yang
beliau cipta. Walalupun tindakan tersebut dianggap gila, namun beliau sangat
yakin apabila beliau memberikan fokus yang sepenuhnya terhadap Facebook
tersebut, beliau dapat menjayakannya dengan sempurna. Hasilnya terbukti apabila
sejak awal aplikasi Facebook diperkenal dia menjadi fenomena dan berjaya
sehingga sekarang.
Kasimpulannya, setiap peraturan yang disebut oleh Mark
Zuckerberg sangat penting untuk membantu mencapai kejayaan. Kejayaan beliau
menjadi bukti atas kata-katanya. Peraturan tersebut perlu diikuti oleh kita
semua dalam mencapai sesebuah kejayaan yang kita impikan.
Comments
Post a Comment