Refleksi: pandangan Mark Zuckerberg berkenaan Metaverse

 Muhamad hazman bin suria affandy (A180156)

https://www.youtube.com/watch?v=i6LmeR2dYhU 

Mengapa Facebook kini Meta? Mengapa Facebook menukar namanya? Adakah Meta memiliki Facebook, Instagram dan WhatsApp? Adakah permainan VR wujud? Apakah metaverse itu? Adakah metaverse itu nyata? Bagaimanakah metaverse berfungsi? Kami merungkai sebab pengasas Mark Zuckerberg menukar nama syarikat media sosialnya untuk lebih mencerminkan cita-citanya. Inilah kisah di sebalik metaverse dan bagaimana realiti maya boleh menjadi perkara biasa.

Istilah “Metaverse” pada asalnya muncul di dalam novel fiksyen bertajuk Snow Crash karya Neal Stephenson pada tahun 1992. Novel itu menggambarkan manusia dapat saling berinteraksi dalam runga tiga dimensi. Namun pada zaman tersebut metaverse hanyalah konsep semata-mata. Kini dengan perkembangan teknologi yang pesat, konsep metaverse bukanlah suatu perkara yang mustahil untuk diwujudkan. Istilah metaverse lebih kerap digunakan untuk menggambarkan sebuah dunia virtual baru tempat orang dapat bermain game, bekerja dan berkomunikasi dengan orang lain dalam lingkungan virtual. Mark Zuckerberg mengambil langkah awal dengan memperkenal konsep ini dan menyatakan hasratnya untuk mengubah dunia internet  kepada Virtual Reality.

Pada awalnya konsep ini ditentang oleh ramai pihak termasuk uasahawan terkaya iaitu Elon Musk yang menganggap Mark Zuckerberg sedang menggali kubur sendiri kerana metaverse dianggap suatu perkara yang akan menemui kegagalan. Namun, Mark Zuckerberg menyakkal pandangan tersebut dengan menganggap metaverse dapat diwujudkan dalam jangka masa yang panjang iaitu sekitar 10 hingga 15 tahun. Tim Sweeney pemilik pengembang game Epic Games mengatakan metaverse dapat diaplikasikan melalui pengiklanan produk terlebih dahulu. Sebagai contoh perniagaan online yang menggunakan Virtual Reality. Perkara tersebut dapat dilakukan jika alat Virtual Reality sudah tersedia yang setakat ini hanya digunakan untuk keperluan bermain games atau menonton video semata-mata. Menurut Mark Zuckerberg “mewujudkan metaverse yang sebenarnya akan memakan tempoh 10 hingga 15 tahun dan memerlukan kolaborasi antara perusahaan”.

Setakat ini, Facebook sudah mula bereksperimen dengan membuat metaverse mereka sendiri yang digunakan untuk tujuan kerja dan komunikasi. Contohnya, Horzon Workrooms iaitu sebuah ruang pejabat secara virtual. Horizon Workrooms menyediakan ruang pertemuan secara virtual yang diguankan untuk berkomunikasi secara bersemuka melalui online. Aplikasi ini beroperasi melalui headset VR Oculus Quest 2 buatan Facebook. Ruang ini juga menyediakan kelengkapan seperti papan tulis yang dikawal melalui alat kawalan dari Oculus Quest 2. Melaui eksperimen ini dapat dilihat bahawa metaverse tidaklah mustahil untuk direalisasikan.

Tidak hanya Facebook, syarikat lain juga telah mula tertarik dengan metaverse dan melakukan metaverse mengikut versi masing-masing. Contohnya seperti syarikat perkembangan games Epic Games telah mewujudkan konsert virtual melaui game Fortnite. Pemain Fortnite dapat menikmati konsert secara virtual melalui game tersebut. Selain itu, platform game seperti engine 3D, Unity juga telah melabur dalam Digital Twin yang mengembangkan idea virtual ini. Dengan sokongan yang meluas seperti ini, metaverse dijangka dapat direalisasikan secara berperingkat dan akan mengubah dunia internet kepada yang lebih baik.

Secara keseluruhannya, konsep metaverse pada ketika ini masih lagi janggal dan tidak meluas kepada semua peringkat. Virtual Reality hanyalah digunakan sebatas untuk bermain games atau untuk menonton video. Namun, konsep ini akan terus berkembang seiring berkembangnya teknologi. Dan tidak mustahil metaverse dapat diwujudkan secara menyeluruh pada masa akan datang.

Comments