REFLEKSI : Cara Pemakaian Mark Zuckerberg Yang Memberi Impak Positif
Badrul Alif Naqiuddin Bin Badrulzaman (A180042)
Sumber : https://theoutlook.asia/kenapa-mark-zuckerberg-suka-pakai-baju-sama/
Dalam kita mengkaji dan meneliti tentang rahsia kejayaan dan gaya kehidupan seorang individu yang bernama Mark Zuckerberg atau lebih dikenali sebagai pengasas kepada aplikasi “Facebook” ini, terdapat satu perkara yang dianggap sebagai satu kelakuan yang pelik bagi seseorang yang mempunyai nilai keuntungan yang mencecah sehingga ratusan billion USD ini iaitu tabiatnya dalam mengenakan pakaian yang sama pada majlis-majlis tertentu.
Tidakkah kita pelik jika seseorang itu mengenakan pakaian yang sama pada setiap masa sedangkan jika dibandingkan dengan pulangan yang diperoleh daripada aplikasi yang dicipta mampu untuk membeli apa sahaja yang diinginkan. Tetapi dalam perkara ini Mark Zuckerberg mempunyai alasannya yang tersendiri yang mampu untuk mengubah gaya pemikiran kita supaya menjadi individu yang lebih maju pada masa hadapan. Alasannya terhadap perbuatan yang dilakukan adalah ia dapat menjimatkan masa.
Apakah kaitan di antara gaya pemakaian dan juga penjimatan masa seperti yang dikatakan oleh Mark? Jawapannya adalah Mark memilih untuk mengurangkan masa berfikir tentang perkara yang remeh seperti memilih baju yang ingin dikenakan pada suatu keadaan kerana pada fikirannya adalah ia merupakan satu perkara yang tidak membawa keuntungan pada dirinya dan terdapat banyak perkara yang boleh diselesaikan dalam tempoh untuk memilih pakaian tersebut.
Oleh sebab itu, tidak dapat dinafikan bahawa setiap individu yang berpengaruh ini mempunyai tabiat pelik yang tersendiri kerana pada perspektif mereka perkara tersebut mempunyai relevannya untuk dilakukan. Dalam perkara ini, kita sedang mempersoalkan tentang seorang individu yang sentiasa mengejar peluang yang ada dan tiada istilah buang masa dalam diri individu seperti Mark Zuckerberg, apa yang terdapat dalam fikiran mereka adalah masa yang ada mampu untuk mencipta keuntungan.
Walaupun perkara ini kelihatan agak remeh untuk difikirkan, namun terdapat banyak nilai yang boleh kita pelajari dan kita aplikasikan di dalam kehidupan seharian kita jika kita benar-benar faham tentang sesuatu perkara yang dilakukan. Di dalam penulisan ini kita dapat lihat bahawa dengan topik penggayaan seseorang individu ini sahaja sudah dapat memberi satu nilai positif kepada kita semua yang boleh diguna pakai pada masa hadapan.
Di sini kita dapat simpulkan bahawa dalam kehidupan kita ini terdapat banyak perkara yang lebih penting untuk kita fokuskan dan setiap perkara yang dilakukan perlulah kita pertimbangkan sama ada keputusan yang dilakukan adalah benar ataupun tidak. Seperti Mark Zuckerberg dalam pemilihan pemakaian bukanlah satu isu yang perlu difikirkan secara begitu teliti kerana ia bukanlah satu tindakan yang akan memberi kesan kepada dirinya, sebaliknya adalah ia lebih cenderung untuk memikirkan tentang hala tuju syarikatnya supaya ia mampu kekal relevan mengikut peredaran semasa.
Comments
Post a Comment