Refleksi tentang Kejayaan Pengurusan Mark Zuckerberg

 

DING JIEL XIN (A179947)

https://gradesfixer.com/free-essay-examples/a-study-of-the-management-style-of-mark-zuckerberg/

            Kejayaan Mark Zukerberg sebagai usahawan dan jutawan bukan secara kebetulan atau kepandaian beliau semata-mata, namun terdapat satu pasukan yang hebat dan kuat sebagai tulang belakang syarikat yang mana Mark menggunakan nilai pengurusan dalam mengoperasi syarikatnya.

            Melihat kepada kemahiran pengurusan, beliau lebih menggunakan kemahiran kemanusiaan di mana beliau merupakan seorang yang beramah mesra dengan pekerjanya. Dia mementingkan komunikasi yang kerap dalam pasukan untuk mencapai produktiviti yang optimum dan menjana idea yang baharu dalam perkhidmatan. Namun demikian, dia tetap tegas dalam sesetengah perkara di mana beliau akan memecat seseorang jika beliau tidak berpuas hati dengan prestasinya.


            Sementelahan, beliau juga mempunyai pelan yang menyeluruh dalam pengurusan organisasi beliau dan mencontohi pengurusan ketua pengarah eksekutif syarikat lain yang berjaya. Pada awalnya, beliau tidak mahir dalam pengurusan dan tidak tahu langsung cara untuk menguruskan sebuah syarikat. Namun, beliau mengambil usaha untuk belajar cara pengurusan dan membinapelan kawalan untuk membolehkan beliau memimpin syarikat dengan jayanya.

            Selain mempunyai pelan pengurusan, beliau juga seorang yang rendah diri di mana beliau sentiasa mendengar dan mempelajari daripada pasukan dan pekerjanya yang juga pakar dalam bidang teknologi maklumat. Beliau akan mengupah pekerja-pekerja daripada syarikat terkenal seperti Google dan Youtube untuk mendengar pandangan dan idea inovatif mereka dalam membina jaringan komunikasi yang lebih luas dan mantap. Pada pandangan beliau, syarikat tidak akan berjaya sekiranya beliau tidak mendengar dan mempelajari daripada pekerjanya yang lebih berpengalaman daripada beliau. Oleh itu, syarikatnya telah berjaya atas cara pengurusannya yang rendah diri dan berbentuk demokrasi.


            Di samping itu, beliau mementingkan motivasi dalam syarikatnya untuk meningkatkan produktiviti dan efisyen pekerjanya. Beliau akan memberi insentif kepada pekerjanya seperti jurutera untuk membina produk dan perkhidmatan yang terbaik. Sebagai misalan, sekiranya pekerjanya mencapai tujuan dan misi yang ditetapkan, mereka boleh menambah saham mereka setiap tahun dan sebaliknya jika mereka tidak mencapai apa yang dijangkakan, mereka akan dipecat dan dibuang kerja. Tegasnya, beliau sangat mementingkan pretasi pekerja di mana beliau percaya bahawa tekanan yang tertentu boleh memotivasikan pekerjanya untuk memberikan yang terbaik dan insentif akan menjadi ganjaran atas usaha mereka.

            Konklusinya, Mark Zukerberg telah memainkan peranannya sebagai pemimpin yang beramah mesra dan rendah diri, pada masa yang sama beliau juga memandang serius terhadap pencapaian pekerja dalam memberikan perkhidmatan yang baik. Beliau merupakan seorang pemimpin yang baik di mana beliau mempunyai misi dan visi yang ingin dicapai dan beliau selalu berpegang kepada prinsip beliau memulakan Facebook, iaitu menyediakan jaringan komunikasi yang dapat menjalinkan semua orang di seluruh dunia. Hal ini telah mempengaruhi sikap dan cara pengurusan beliau yang mementingkan produktiviti dan inovasi dalam syarikatnya.

Comments