REFLEKSI: RAHSIA KEJAYAAN MARK ZUCKERBERG

Nur A'dlina Binti Zulkefli (A179966)

 https://www.majalahlabur.com/inspirasi/6-rahsia-kejayaan-mark-zuckerberg-pengasas-facebook/

    Ulasan refleksi ini adalah berkenaan dengan rahsia kejayaan seorang individu yang disenaraikan tempat kelima paling terkaya di dunia iaitu Mark Zuckerberg. Mark Zuckerberg adalah pengasas kepada sebuah syarikat yang makin berkembang pesat yang mana ia menjadi satu fenomena dalam kehidupan sosial setiap masyarakat tidak kira di mana negara sekalipun iaitu Facebook. Kita bukan sahaja dapat meningkatkan kehidupan sosial, malah kita dapat memperkembangkan lagi produk jualan dan perkhidmatan bagi yang pandai mengambil peluang di depan mata ini.

            Rahsia kejayaan pertama yang dapat kita lihat pada Mark Zuckerberg adalah beliau sering memakai baju yang sama warna dan jenisnya setiap hari. Tindakan sekecil ini menurut pandangan kebanyakan orang tidak akan memberi apa-apa impak yang besar dalam kehidupan, tetapi lain pula dengan pandangan Mark Zuckerberg sendiri. Menurutnya, beliau tidak perlu bersusah payah mengambil masa berfikir untuk mengenakan pakaian dalam kehidupan seharian. Hal ini adalah kerana terdapat perkara yang lebih penting atau lebih bernilai untuk difikirkan dan untuk difokuskan sehari-hari berbanding memikirkan soal pemakaian. Jadi tidak hairanlah kenapa beliau dilihat sering memakai t-shirt bewarna kelabu gelap setiap hari.



            Membina hubungan (networking) dengan pelbagai pihak juga antara salah satu rahsia kejayaan pengasas Facebook ini. Setiap hari Mark Zuckerberg berpegang kepada prinsip harus berkenalan dengan orang lain untuk meluaskan lagi network beliau. Membina hubungan dengan orang lain ini sebenarnya dapat memberi peluang atau membuka kesempatan kepada kita untuk lebih memahami kerja secara berpasukan dan kita akan memiliki ilmu yang berbeza dari apa yang kita sudah ada kerana masing-masing mempunyai kelebihannya yang tersendiri sekaligus dapat menutupi kelemahan kita sendiri. Contohnya pada tahun 2005, dikatakan Facebook mengalami kerugian sehingga 3.63 juta US dolar, namun kemudian Facebook mendapatkan dana yang besar berjumlah 25 juta US dolar dari Greylock Partners dan Meritech Capital Partners.  



            Kemudian, daripada kejayaan Mark Zuckerberg sendiri, kita dapat melihat dengan nyata bahawa beliau mencapai kejayaan beliau itu sumber daripada kewujudan Facebook itu sendiri. Mark Zuckerberg pernah menyarankan apa-apa produk yang ingin dibina oleh seseorang individu mestilah berinovatif dan juga mempunyai kepelbagaian fungsi serta dapat memenuhi keperluan masyarakat sejagat seperti Facebook sendiri yang menghubungkan kehidupan sosial masyarakat di pelbagai negara dan malah dapat meningkatkan perjalanan perniagaan bagi yang berniaga. Maka dengan itu, tiada alasanlah untuk tidak bersosial dengan rakan taulan lagi. Dengan adanya produk yang memenuhi keperluan umat manusia, barulah ia dapat dikenali dan diguna ramai hingga mungkin di persada dunia.

            Walaupun di pemikiran seseorang ideanya bertambah-tambah seperti bertambahnya cendawan di musim hujan, namun tiadalah guna jika tiadanya sikap bersemangat dalam diri. Semangat adalah pendorong seseorang itu untuk memperoleh kejayaan tanpa disedari. Tanpa semangat, kejayaan tidak akan datang bergolek-golek dan pastinya sukar untuk kita menghadapi segala rintangan yang menerpa. Kita dapat lihat dari falsafah kejayaan seseorang yang bernama Mark Zuckerberg yang mana beliau pernah mengatakan bahawa “Percaya pada apa yang kamu lakukan dan mengetahui bahawa apa yang kamu lakukan benar-benar akan memberi banyak manfaat kepada orang lain.” Dari ini kita dapat melihat bahawa Mark Zuckerberg sentiasa berfikiran positif dan tidak mudah berganjak dari tujuan asal beliau iaitu untuk menghubungkan jaringan sosial masyarakat dengan penuh semangat.



            Akhir sekali, kita mestilah senantiasa ingat bahawa semua kejayaan bukan hanya datang dari kita, namun ia juga datang dari pasukan gerakan kita sendiri. Hal ini adalah kerana tidak mungkin kita dapat mencapai kejayaan yang besar hasil dari usaha kita sendiri tanpa meminta bantuan dari orang lain. Hal ini juga sama dengan Mark Zuckerberg yang mana beliau mendapati bahawa kerja berpasukan adalah kunci kepada sesebuah kejayaan. Syarikat beliau sendiri sering kali menyumbangkan idea-idea yang baharu dan bersiap sedia untuk membaiki keadaan atau kerugian dengan adanya kerjasama antara pelbagai pihak.



            Kesimpulannya, dari 5 rahsia yang dikongsikan tadi kita dapat menyimpulkan bahawa falsafah kejayaan Mark Zuckerberg adalah tujuannya yang sendiri iaitu menghubungkan atau merapatkan hubungan masyarakat di pelbagai negara dengan hanya menggunakan aplikasi Facebook dan malah Mark sendiri pernah mengatakan, “Tujuan adalah ketika kamu merasakan turut menjadi sebahagian dari sesuatu yang lebih besar dari dirimu sendiri.” Atau pendek kata kita merasa diperlukan dan ada sesuatu yang lebih baik di masa hadapan untuk diperjuangkan kini.

Comments