Refleksi : Perkara yang dilakukan Mark Zuckerberg bagi membentuk impian menjadi kenyataan.

Refleksi : Perkara yang dilakukan Mark Zuckerberg bagi membentuk impian menjadi kenyataan.

Disediakan oleh: Atirahnatasya binti Azman (A180089)

Sumber: https://www.businessalligators.com/what-made-mark-zuckerberg-successful/


Mark Zuckerberg , pengasas facebook atau kini telah bertukar nama menjadi Meta merupakan salah seorang jutawan yang sering dijadikan rujukan bagi ramai orang dalam mengecapi kejayaan kerana beliau memulakan kerjayanya pada usia yang sangat muda. Beliau tidak pernah kedekut berkongsi ilmu dan hasil kejayaannya bersama orang ramai yang membuatkan beliau lebih dipandang tinggi. Bukan sahaja ahli keluarga serta rakan-rakan beliau yang mengagumi hasil kerja beliau tetapi orang ramai yang menjadi visi bagi kejayaannya turut mengagumi beliau. Apakah yang dilakukan oleh Mark Zuckerberg sehingga mendapat sokongan dan pujian yang sangat memberangsangkan ini? Adakah kita mampu mengikut jejak langkah beliau bagi mendapatkan kejayaan dalam impian yang diimpikan? Mari kita lihat diantara perkara yang dilakukan oleh Mark Zuckerberg untuk menggapai cita-cita beliau sehingga beliau kukuh berdiri sehingga kini.

           


Sama seperti orang lain , Mark Zuckerberg adalah manusia biasa yang mempunyai angan-angan serta impian yang ingin dicapai. Begitu juga dengan kebanyakan manusia dimuka bumi ini. Namun begitu, terdapat segelintir individu yang hanya bermimpi dan hanya terus bermimpi. Ada juga yang telah memulakan langkah namun tidak utuh dalam memegang cita-cita tersebut. Berbeza dengan Mark Zuckerberg serta mereka yang telah berjaya yang lain. Mark Zuckerberg memgang erat impian beliau dan terus memngusahakannya dengan kederat sendiri walaupun banyak syarikat-syarikat besar yang menawarkan sejumlah wang yang sangat banyak. Visi beliau adalah ingin membina dunia yang terbuka buat semua orang dan kini beliau sudah berjaya dengan cemerlang.

            Selain itu, secara lazimya, setiap kejayaan yang ingin kita genggam tidak akan berjaya tanpa ada bantuan daripada orang lain. Mencari orang yang dapat bersama dengan kita menjayakan impian yang ingin dikecapi adalah salah satu cara beliau berjaya. Beliau telah membina satu kumpulan yang kuat tanpa ada rasa sangsi atau ingin mengkhianati antara satu sama lain. Indıvıdu-individu yang benar-benar tulus dalam membantu kita akan turut berasa bangga dan mendapat tempias hasil dari usaha bersama. Dalam pada itu, melakukan sesuatu perusahaan atau apa sahaja yang ingin dicapai tidak sentiasa indah. Adakala ribut datang untuk menguji kita tanpa kita sedari. Penerimaan terhadap suatu ujian bukanlah mudah namun perkara tersebut sangatlah penting bagi kita untuk terus maju kehadapan.

Semakin berjaya seseorang itu , semakin basar risiko , kritikan , halangan yang akan diterima. Jangan takut kerana tanpa kita ketahui perkara-perkara tersebut merupakan suatu pemangkin  untuk kita lebih berjaya. Mark Zuckerberg memegang satu kata-kata daripada pengasas bersama PayPal , Peter Thiel, iaitu , tidak mengambil risiko adalah risiko paling besar yang boleh diambil oleh mana-mana usahawan bagi menentukan nasib perniagaan mereka dengan mudah. Hatta, Mark Zuckerberg sendiri banyak mengambil risiko di dalam hidup beliau untuk sampai ke tahap ini. Beliau juga banyak dikritik kerana pada awal permulaan kerjayanya , ramai yang berkata bahawa beliau mempunyai daya kepimpinan yang buruk dan tidak beretika yang memudaratkan perusahaan beliau. Mark tidak gentar dan memberontak tetapi beliau menjadikan hujatan tersebut sebagai batu loncatan untuk membina kerjaya beliau. Dalam erti kata yang lebih mudah , hadap sahajalah setiap perkara yang mendatang dengan hati yang terbuka dan dalam keadaan yang terkawal.




Seterunsya, orang yang berjaya sentiasa gigih dan mengekalkan momentum dalam mengusahakan impian yang ingin dicapai. Memang tidak mudah untuk mengekalkan momentum kerana setiap apa yang dirancang selalunya tidak akan berjalan seperti yang diingini. Justeru itu, jangan terus mengalah dengan situasi tetapi tetap pandang kehadapan dan berfikiran positif. Pengasas bersama Mark Zuckerberg telah menarik diri kerana terdapat beberapa masalah pada awal perusahaan mereka dan terdapat beberapa data yang telah bocor. Akan tetapi perkara tersebut tidak menjatuhkan semangat Zuckerberg malah syarikat beliau mendapat pelaburan besar-besaran sebanyak USD  500,000 daripada pengasas bersama PayPal yang membenarkan beliau terus bangkit untk kehadapan. Dapat kita lihat disini bahawa hasil kegigihan seseorang indidivdu tersebut pasti akan membuahkan hasil tanpa mengira ujian yang mendatang.

Akhir sekali, perkara yang dilakukan oleh Mark Zuckerberg dalam mencapai impian beliau yang merupaka kejayaan beliau yang sangat memberangsangkan adalah tidak memandang rendah pesaing disekelilingnya. Friendster, Orkut dan MySpace merupakan pesaing facebook pada ketika itu. Mark tidak memperlekehkan aplikasi-aplikasi yang telah dibina pada waktu itu tetapi mengambil pengajaran terhadap kesilapan yang dilakukan oleh pesaingnya dan membina laluan kejayaan mereka sendiri berdasarkan situasi tersebut. Perancangan yang teliti dan pelaksanaan yang bijak membenarkan Mark Zuckerberg berjaya mengatasi pesaing-pesaing beliau.


Secara konklusinya, untuk menjadi seorag yang berjaya bukanlah dengan hanya duduk dan beralaskan bantal empuk tetapi berdiri tegak dan pandang kehadapan walau berbagai rintangan yang datang menghadap. Sukar atau tidak bergantung kepada semangat dan usaha yang disalurkan dalam menangani masalah-masalah tersebut bagi menggapai impian yang ingin dijayakan.

 

            

Comments