Refleksi Pencapaian dan Kejayaan Mark Zuckerberg dalam kehidupannya
Ainur Aisyah Binti Norharidan (A179526)
https://www.worldhistoryedu.com/mark-zuckerberg-facts-and-major-accomplishments/
Mark Zuckerberg telah memberi sumbangan yang
amat besar kepada negaranya dan dunia secara keseluruhan. Sebelum mendalami
pencapaian dan kejayaan beliau, telah diselitkan sedikit maklumat peribadi
beliau yang agak menarik. Mark Zuckerberg merupakan cahaya mata kepada Dr.
Edward dan Karen Zuckerberg. Nama kelahirannya adalah Mark Elliot Zuckerberg.
Beliau merupakan anak kelahiran New York pada 14 May 1984. Beliau mendapat
pendidikan di Ardsley High School, Philips Exeter Academy dan Harvard
Universiti. Namun, pengajian beliau di Universiti Harvard tidak lengkap tetapi
beliau kemudian menerima ijarah kehormat. Mark Zuckerverg amat dikenali kerana
beliau merupakan “Pengasas Bersama” dan Ketua Pegawai Eksekutif Facebook. Jawatan
yang disandang oleh beliau dalam Facebook adalah selaku pengerusi dan Ketua Pegawai
Eksekutif.
Minat
beliau dalam pengaturcaraan komputer telah terselah sejak beliau muda lagi.
Beliau telah membina versi miniatur utusan AOL semasa berusia awal remaja. Beliau
berpeluang mempelajari “Atari Basic Programming” daripada bapanya dan orang
tuanya sedar bahawa Mark amat berbakat dan berpotensi menjadi seorang pengaturcar
komputer. Semasa remaja, beliau juga berjaya mencipta program komputer iaitu
“ZuckNet”. Program ini mampu menghubungkan komputer di rumah bapanya
berkomunikasi dengan mereka yang berada di pejabat pergigian bapanya.
Pencapaian ini amat memberansangkan dan ia terbukti AOL mampu membangun program
yang lebih canggih sedikit sebanyak daripada tahun yang lain.
Beliau pernah bekerja
syarikat yang mencipta “Synapse Media Player”. Sejak kecil lagi, sudah jelas
tujuan yang ingin dilalui oleh beliau iaitu menceburi pengaturcaraan komputer. Semasa
sekolah menengah, Mark telah menjalani latihan di sebuah syarikat, Intelligent
Media Group yang mencipta Synapse Media
Player. Beliau telah didedahkan dengan pelbagai teknik pembelajaran mesin yang
mendengar respons pengguna. Produk yang diusahakan oleh Mark menerima penarafan
tiga bintang daripada Majalah PC. Di samping itu, beliau juga berjaya membina
program sokongan akademik iaitu “CourseMatch”. Beliau mencipta CourseMatch
semasa tahun kedua di pengajian Universiti Harvard. Beliau telah mencipta nama
sebagai ahli pengaturcaraan. Program ini mampu membantu pelajar membuat
keputusan yang terperinci semasa memilih kelas untuk semester tersebut. Pelajar
dapat membuat kumpulan belajar dan mengadakan perbincangan kumpulan di platform
tersebut.
Selepas berjaya mencipta
program “CourseMatch” beliau mencipta program lain iaitu “Facemash”. Program
ini membenarkan pelajar di kampus mengundi pelajar yang menarik berdasarkan
koleksi foto. Walau bagaimanapun, selepas laman web ini aktif dan berjalan,
pihak universiti telah memutuskannya kerana ianya telah mengganggu sambungan internet
Harvard. Beliau juga mendapat kecaman daripada pelajar kerana tidak mendapat
mendapat keberanan dalam menggunakan foto mereka di “Facemash”. Beliau menghantar surat
permohonan maaf kepada pihak Universiti Harvard atas kesulitan berlaku. Selepas
berlaku kepincangan pada program Facemash, Mark mengorak langkah dengan membina
program lain. Menjelang tahun 2004, beliau telah berjaya mencipta TheFacabook
dimana tapak rangkaian sosial yang merevolusikan dunia atas bantuan Eduardo
Saverin, Chris Hughes, Andrew McCollum, dan Dustin Moskovitz. Facebook telah dilancarkan
pada 4 Fabruari 2004 dan beliau membuat keputusan keluar dari Harvard bagi
menumpukan sepenuh masa pada syarikatnya. Beliau melepasi dua bilion pengguna
yang aktif seteleh satu dekad kemudian membina Facebook pada tahun 2017 dan
menerima ijazah kehormat daripada Harvard.
Mark Zuckerberg menjadikan
Facebook sebagai empayar perniaga bersifat global. Semasa tahun pembentukannya,
Facebook hanya tertutup bagi pelajar Harvard sahaja dan pengguna terhad sahaja.
Selepas mendapat bantuan rakan-rakannya, ia telah berjaya mengubahkan program
yang menjadi penggunakan secara globak di mana semua masyarakat boleh berhubung
antara satu sama lain. Mark telah bertemu dengan pelbagai pelabur terutamanya,
Peter Thiel iaitu pengasas PayPal. Thiel merupakan pelabur luar pertama
Facebook yang memberikan $500,00 kepada syarikat Facebook. Beliau telah mengubah
platformnya menjadi laman rangkaian sosial yang besar. Menjelang Julai 2010,
tapak tersebut telah memperoleh lebih 500 juta pengguna. Beliau telah menjadi
penyokong utama penglibatan sosial dan perhubungan. Sebagai Ketua Pegawai
Eksekutif syarikat, beliau menggalakkan pasukannya untuk sentiasa mencari cara
yang inovatif untuk membina sesuatu. Zuckerberg melancarkan Platform Facebook
pada tahun 2007 bagi meningkatkan penglibatan sosial dan membawa ketersambungan
ke tempat terpencil di bumi. Matlamatnya adalah untuk mewujudkan
persekitaran yang membolehkan pengaturcara membangunkan aplikasi sosial yang
mengukuhkan visi Facebook.
Mark Zuckerberg dianggap salah satu inovator terbaik abad ke-21. Beliau mendapat pujian sebagai salah seorang pemikir dan pengaturcara yang paling inovatif. Tamsilnya, Mark dan rakan-rakannya secara konsisten menolak beberapa tawaran oleh syarikat besar Amerika untuk membeli Facebook pada tahun dilancarkannya. Visi dan semangat inovatif beliau adalah kunci utama dalam membantu Facebook menjadi salah satu syarikat paling berjaya dalam sejarah. Pada Ogos 2013, beliau juga melancarkan “Internet.org” iaitu sebuah projek yang direka bagi menyediakan perkhidmatan internet mampu milik kepada negara kurang maju seperti di India dan program ini mendapat sambutan ramai oleh pembesar media. Hal ini kerana, ia menggalakkan peningkatan ketersambungan di seluruh dunia. Beliau menganggap projek itu amat penting kerana dianggarkan ia akan mewujudkan berjuta-juta pekerjaan baharu dalam ekonomi berpengetahuan, yang seterusnya membolehkan belia menyumbang dengan lebih baik kepada pembangunan negara mereka. Namun, projek ini juga mendepani cabaran sebaliknya Mark tetap dalam mengejar visinya bagi menyediakan akses internet mampu milik di negara-negara lain.
Di samping keinginannya
yang tidak putus-putus untuk melihat akses internet berkembang di seluruh dunia,
beliau telah sejak sedekad lalu menderma ratusan juta dolar kepada inisiatif
amal. Pada 2013, beliau menderma
18 juta saham Facebook kepada Yayasan Komuniti Silicon Valley. Beliau juga
telah menyokong beberapa inisiatif kesaksamaan yang bertujuan untuk bersikap
adil dan kesamarataan dalam penggunaan teknologi untuk membolehkan wanita dan
orang kulit berwarna memperbaiki kehidupan mereka menggunakan teknologi.
Sebagai contoh, beliau secara konsisten menegur pekerja Facebook yang cuba menyembunyikan
kebebasan bersuara penyokong pergerakan Black Lives Matter.
Sebagai konklusinya, Mark
Zuckerberg adalah ikon terbaik pada abad ke-21 yang boleh dijadikan contoh
mengenai kejayaan beliau setelah mengharungi pelbagai cabaran dan pancaroba kehidupan.
Beliau mencari pelbagai alternatif dan cara bagi mencapai impiannya sejak usia
muda. Setelah mencapai kejayaan beliau juga tidak lokek dalam mengongsi
kekayaannya. Beliau telah berkongsi prinsip kejayaannya bersama orang ramai.
Mark juga bersikap dermawan dalam memberi bantu kepada masyarakat. Sebagai
contoh, semasa dunia mendepani pandemik COVID-19, beliau telah menderma $25
juta kepada Yayasan Bill dan Melinda Gates bagi mempercepatkan rawatan dan
penemuan vaksin. Visi dan misinya sedikit sebanyak telah membantu orang ramai
menyebabkan beliau pada hari ini menjadi orang yang berjaya dan berprinsip.
Comments
Post a Comment