Refleksi: Motivasi Mark Zuckerberg “Cara Membangun Masa Hadapan”
Nadia Sholehah binti Nordin (A180109)
Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=k_ibK5OPVAE
Ini merupakan ulasan video motivasi Mark Zuckerberg
pada tahun 2021.
Untuk memulakan sesuatu perkara, idea tidak akan datang dengan
mudah dan cepat juga tidak muncul dengan sempurna. Idea tersebut akan menjadi
jelas ketika kita memulakannya. Mempunyai idea yang hebat sahaja tidak
mencukupi bahkan perlu kepada tindakan untuk merealisasikannya. Pada asas dan
awalnya idea yang kita keluarkan atau cetuskan akan tercabar malah tentangan
dari sekeliling yang menjadi cabran dalam hidup untuk menuju jalan betul ke
arah matlamat. Begitu juga apabila membangun dalam suatu kumpulan dan perlu
berfikir untuk maju bersama.
Tujuan bermaksud dimana merupakan bahagian dari sesuatu yang lebih
besar dari diri kita sendiri, ia amat penting untuk mencapai tujuan atau
matlamat hidup seseorang. Buktinya bahawa kita rasa diperlukan dan kita
memiliki sesuatu yang lebih baik untuk kita usahakan atau lakukan.
Dalam membuat sesuatu pekerjaan, Mark Zuckerberg tegas perlu pada setiap
orang itu memilih sesuatu yang dipedulikan atau pun yang disukai. Setiap
perbuatan dan kerja yang kita minati maka prosesnya akan menjadi mudah
seterusnya setiap hasilnya akan beroleh kejayaan. Manakala percaya pada apa
yang kita lakukan dan mengetahui bahawa apa yang kita lakukan benar-benar dapat
memberikan banyak manfaat kepada orang ramai.
Mark Zuckerberg mengatakan di dalam video tersebut bahawa apapun
yang kita lakukan hari ini akan memiliki masalah di masa hadapan. Akan tetapi
perkara tersebut tidak akan sesekali menghalangi kita untuk memulainya. Mungkin
memang banyak cabaran dari banyak sudut tetapi perlu keyakinan dan kemahiran
untuk mengatasinya.
Pada masa kini di era kemajuan teknologi, Mark Zuckerberg berharap
generasi kita menghasilkan karya-karya yang hebat. Hal ini kerana Zuckerberg melabur pada orang-orang yang benar-benar mempunyai berbakat
meskipun mereka tidak pernah melakukan hal pekerjaan yang ditugaskan sebelum
ini. Sebagai contoh, orang yang lulus dari university atau orang-orang dari
Ketua Pegawai Kewangan (CFO) yang membawa perusahaan ke tempat awam yang juga
dimana tidak pernah bertugas sebelumnya. Dengan ini, sebagai ketua atau
sebaliknya lebih baik untuk fokus sahaja pada orang-orang yang berbakat
Bagi Mark Zuckerberg, Connectivity atau sambungan yang
membuat semua orang di dunia terhubung antara satu sama lain ke internet dan
juga AL atau Kecerdasan Buatan membuka banyak potensi dalam pelbagai
bidang iaitu virtual reality dan augmented reality menjadikan
semua orang lebih kreatif dan pada masa yang sama lebih berkemahiran.
Kesimpulannya, risiko terbesar yang mungkin manusia itu ambil
adalah dengan tidak mengambil sebarang risiko apa pun. Mark Zuckerberg
menyarankan untuk setiap orang itu merasai dan mengambil risiko dengan berani
untuk meneruskan kehidupan.
Comments
Post a Comment