Refleksi: Mark Zuckerberg di antara Jutawan Termuda
FATIN HANISAH BINTI ABD JALIL (A179493)
sumber: https://www.celebritynetworth.com/richest-businessmen/ceos/mark-zuckerberg-net-worth/?amp=1
Mark Zuckerberg merupakan antara manusia yang terkaya di dunia dan
beliau berada di kedudukan yang ketiga. Beliau juga merupakan jutawan termuda
di antara 100 orang terkaya. Beliau adalah anak kepada Edward dan Karen yang
merupakan warganegara Amerika Syarikat. Masing-masing merupakan seorang doktor
gigi dan pakar psikiatri. Mark Zuckerberg mempunyai tiga orang adik perempuan
iaitu Randi, Donna dan Arielle. Mereka dibesarkan di Dobbs Ferry, New York di
Westchester Country.
Bidang yang diceburi oleh Mark
Zuckerberg adalah pengaturcara (programmer), usahawan (entrepreneur) dan ahli perniagaan (bussiness person). Ketika di bangku
sekolah, Mark telah diajarkan oleh ayahnya pengaturcaraan asas
pada tahun 1990an. David Newman telah diupah oleh ayahnya Mark, Edward untuk
mengajar anaknya, Mark Zuckerberg tentang pengaturcaraan secara persendirian.
Kekayaan yang dimiliki oleh Mark sekarang merupakan kejayaan atas usaha
yang diperolehinya ketika beliau menuntut di Harvard Beliau telah mengasaskan
thefacebook.com dari bilik asramanya di Harvard pada 4 Februari 2004. Pada
tahun kedua pembelajarannya, beliau keluar dari Harvard dan bermula di situlah
kejayaan Mark semakin terlihat semenjak beliau bekerja untuk Facebook dan
menerima ijazah kehormat pada tahun 2017.
Pada Julai 2006, ketika Mark berusia 22 tahun, beliau telah menolak
tawaran pembelian tunai sebanyak $1Billion daripada Yahoo. Hal ini disebabkan oleh saham Yahoo ketika itu turun dan menjadikan Zuckerberg menolak tawaran itu sekaligus membuktikan bahawa beliau berjaya menjadikan Facebook sebagai aplikasi yang popular di dunia. Nilai bersih yang
dimiliki Mark mencecah $15Billion pada hari IPO FB pada Mei 2002 iaitu
kira-kira $38 sesaham. Beliau memiliki saham sebanyak 400 million saham
facebook dan mengawal 58% daripada jumlah kuasa mengundi ekuiti FB.
Kejayaan Mark Zuckerberg telah menjadikan Mark berikrar untuk memberikan
99% kekayaannya sepanjang hayatnya. Mark mengumumkan rancangan untuk menjual
sebahagian daripada sahamnya bagi membiayai Yayasan miliknya, CZI (Inisiatif
Chan Zuckerberg) pada tahun 2017. Pada tahun 2018, jualan sahamnya menjana
hasil bernilai $5.3 Billion dan pada tahun 2019, jualan saham facebooknya
bernilai $1.86 Billion. Buat pertama kalinya, nilai bersih yang dimiliki oleh
Mark mencecah $100 Billion pada 7 Ogos 2020.
Mark mempunyai kira-kira $200 juta dalam hartanah peribadi di sekitar Amerika Syarikat (AS). Beberapa asset hartanah yang terkenal milik mereka adalah di Hawaii, Palo Alto dan San Francisco. Mark telah membayar $43 juta untuk memperoleh empat hartanah di sekitar rumahnya di Palo Alto dan membayar $145 juta untuk sekitar 840 ekar di pulau Hawaii pada tahun 2014 dan 2017, masing-masing bernilai $100 juta bagi 750 ekar dan $45 juta bagi 89 ekar.
Comments
Post a Comment