Refleksi: Kepimpinan dan Pemikiran Mark Zuckerberg
Nadia Sholehah binti Nordin (A180109)
Disebalik kemajuan dan kegemilangan Facebook, terdapat seseorang
berdiri teguh di belakang kejayaan tersebut. Beliau adalah seorang pemimpin dan
ketua berdedikasi iaitu Mark Zuckerberg. Terdapat banyak bukti menunjukkan
bahawa Mark Zuckerberg adalah seorang yang cemerlang dari segi kepimpinan dan
pemikiran kehidupan.
Mark Zuckerberg merupakan seorang pemimpin yang suka untuk memotivasikan
pekerja atau orang bawahan dan memberi peluang serta sokongan kepada mereka.
Dengan cara tersebut, Mark Zuckerberg memberikan setiap pekerja ini kuasa,
keberanian dan kebebasan dalam memilih bagi menghasilkan kerja yang positif.
Hal ini seterusnya dapat menimbulkan kepercayaan, motivasi dalam diri para
pekerja serta mereka bersedia menerima cabaran atau tentangan. Mark Zuckerberg
menjelaskan visi yang jelas mengenai syarikat kepada pekerjanya dan juga amat
mempercayai dengan konsep “kemahiran boleh diajar, manakala semangat tidak
boleh” di mana manusia akan berjaya dan menjadi hebat apabila bekerja dengan
hala tuju yang jelas dengan cara yang mereka minati.
Bagi membantu Mark Zuckerberg menghasilkan visi dengan jelas untuk
pekerjaanya, mencari mentor penting dalam membantu membangun gaya
kepemimpinannya (Samson, 2013). Sebagai contoh, bekas pengasas Apple, Steve
Jobs, berkhidmat sebagai mentor kepada pengasas bersama Facebook Mark
Zuckerberg semasa tahun-tahun awal syarikat itu. Steve Jobs memberinya nasihat
tentang bagaimana dia boleh membina pasukan yang fokus seperti Zuckerberg dalam
membina "perkara yang berkualiti tinggi dan baik". Mereka ini tertarik
untuk mengubah kehidupan orang ramai. Sonnenfeldt membahagikan mereka kepada
lima peranan mentor yang berbeza dalam bukunya "Think Bigger: And 39
Other Winning Strategies from Successful Entrepreneurs" iaitu sebagai
"veteran yang bijak", "guru yang bersemangat", "rakan
sebaya yang pemurah", "jurulatih kehidupan" dan "pendengar
yang baik".
Dalam memimpin pekerjanya, Mark Zuckerberg menggunakan pendekatan
demokrasi. Gaya kepimpinan ini menyokong matlamat dan keperluan pekerja
syarikat. Sebagai contoh, Mark Zuckerberg menggalakkan pekerja untuk
mengemukakan idea dan pendapat mereka. Dia menggunakan idea-idea itu untuk
membimbing dengan memastikan setiap matlamat perniagaan direalisasikan dalam
masa yang pendek.
Beliau berpegang kepada konsep kerja berpasukan dalam organisasi.
Cara ini menjelaskan sebab pekerja-pekerja bekerjasama, secara bersama
membimbing dan menangani isu-isu utama yang mempengaruhi syarikat. Sebagai
pemimpin demokrasi, Zuckerberg menggunakan kemahirannya untuk menambah baik
ciri yang berkaitan dengan Facebook. Ciri sedemikian biasanya ditujukan untuk
membantu lebih ramai orang berhubung dengan rakan atau orang lain di seluruh
dunia (Oyedemi,2019). Pemimpin menyokong ahli pasukan yang mengambil peranan
baharu yang boleh membuat perubahan dalam syarikat.
Satu lagi sifat kepimpinan yang diterangkan oleh Mark Zuckerberg
ialah delegasi (atau laissez-faire). Ketua Pegawai Eksekutif menggalakkan setiap
kumpulan untuk membuat keputusan sendiri yang paling diminati dan fokus pada
matlamat terbaik. Selalunya, Zuckerberg membenarkan pekerjanya untuk membuat
beberapa perubahan pada susun atur laman web Facebook (Khalifah, 2019).
Pendekatan ini menunjukkan dengan jelas bahawa dia mempercayai pekerjanya. Sebagai
ketua melayan pekerja sebagai kawan adalah jarang dilakukan dan apabila perkara
tersebut berlaku maka syarikat tersebut selalu memperoleh hasil yang lumayan.
Kesimpulannya, pekerja biasanya akan menjadi lebih bermotivasi
apabila diberi sedikit kuasa demi menyampaikan matlamat yang paling diinginkan
majikan seperti Mark Zuckerberg.
Comments
Post a Comment