Refleksi: Kejayaan Mark Zuckerberg Berdasarkan Garis Masa Hidup Beliau

 Refleksi: Kejayaan Mark Zuckerberg Berdasarkan Garis Masa Hidup Beliau

Disediakan oleh : Atirahnatasya binti Azman (A180089) 

Sumber : https://populartimelines.com/timeline/Mark-Zuckerberg



Seiring dengan kecanggihan peranti pada masa kini, banyak platform atau medium untuk kita berkomunikasi tanpa sempadan walau dimana kita berada. Platform-platform ini dapat membantu kita berkomunikasi , menyelesaikan masalah malah dapat menjana pendapatan. Apakah platform-platform yang saya perkatakan ini? Tidak asing bagi anak-anak muda yang mahir dengan medium yang saya perkatan ini, iaitu Meta (facebook), instagram , whatsapp ,twitter  dan pelbagai lagi. Namun , tahukah anda setiap pencapaian medium-medium yang anda gunakan sekarang , terdapat kisah mereka yang tersendiri? Cukup pintarkah anda untuk mencipta sebuah medium yang mampu memberi kebebasan kepada orang ramai untuk berkomunikasi sehingga membawa untung yang besar? Mampukah anda untuk bertahan sehingga mencapai kejayaan yang luar biasa hasilnya?

 Mark Zuckerberg atau nama sebenarnya Mark Elliot Zuckerberg yang dilahirkan di White Plains,New York (1984) telah mencipta ruang untuk anda berkomunikasi tanpa batasan iaitu FACEBOOK. Banyak usaha yang dilakukan oleh beliau sehingga menjadi salah seorang jutawan tersohor dunia. Mark hanyalah seorang manusia biasa yang pada awalnya ayah beliau, Edward Zuckerberg mengajar Mark pengaturcaraan ASAS Atari . Daripada usaha ayahnya mengajar mengenai pengaturcaraan , beliau telah membina satu laman untuk rakan-rakan sekelasnya di Phillips Exeter Academy dimana laman tersebut membenarkan rakan-rakannya menyenaraikan kelas , nombor telefon dan nama. Zuckerberg tidak berhenti disitu, beliau teruskan mereka banyak lagi program yang dapat menjalankan fungsi yang lebih kurang sama namun ditambah baik seperti CourseMatch dan Facemash.





Dapat kita lihat bahawa untuk mencapai sesuatu kejayaan memerlukan usaha dan keberanian dalam memperbaiki kekurangan-kekurangan terhadap produk yang dihasilkan. Jangan takut dalam mengambil cabaran dan takut untuk jatuh. Selepas munculnya Thefacebook pada tahun 2004 , Mark pernah difailkan saman oleh Paul Ceglia kerana tidak memberikan bahagiannya di dalam penubuhan Thefacebook dan melanggar kontrak yang ditandatangani pada tahun 2003. Namun begitu , Mark telah memenangi kes tersebut dan meneruskan usaha dalam memperkembangkan Thefacebook. Tambahan pula , banyak tawaran daripada syarikat-syarikat besar yang berminat untuk membeli syarikat yang telah dibina oleh Mark Zuckerberg. Namun, Zuckerberg menolak kesemua tawaran tersebut kerana beliau ingin membina satu platform supaya orang ramai dapat berkomunikasi.


 Dari tahun ke tahun , Zuckerberg Bersama rakan seperjuangannya, menambah baik Facebook dengan mempelbagaikan lagi fungsi dan ciri seiring dengan kemajuan pada waktu tersebut. Banyak anugerah dan nominasi yang telah diterima oleh beliau antaranya, beliau tersenarai di dalam 100 teratas "orang paling berpengaruh di Zaman Maklumat", menduduki tempat ke-23 dalam senarai Vanity Fair 100 pada tahun 2009 dan pada tahun 2010, Zuckerberg dipilih sebagai nombor 16 dalam tinjauan tahunan New Statesman terhadap 50 tokoh paling berpengaruh di dunia. Namun begitu, beliau tidak sombong dan sentiasa melakukan amal kebajikan. Sebagai contoh , pada tahun 2010 , Zuckerberg dan beberapa lagi orang yang berpengaruh menandatangani “The Giving Pledge” dimana mereka akan menderma sekurang-kurangnya separuh daripada kekayaan mereka kepada badan amal yang memerlukan. Zuckerberg dan isterinya , Priscilla Chan berkata bahawa sepanjang hayat mereka , mereka sanggup untuk memberikan sebahagian besar kekayaan mereka demi memajukan potensi manusia dan mempromosikan kesaksamaan.

Walaupun beliau telah disenaraikan sebagai 50 orang Amerika yang paling dermawan pada tahun 2013 , beliau tetap terus menderma ke badan kebajikan tanpa mengira nilainya. Pada tahun seterusnya beliau dan isterinya menderma sebanyak AS$25 juta untuk memerangi penyakit Ebola , khususnya wabak Ebola di Afrika Barat. Tidak berhenti disitu , Mark Zuckerberg bersama isterinya telah menubuhkan Chan Zuckerberg Initiative, sebuah organisasi yang memfokuskan kepada kesihatan dan pendidikan. Mereka berkata bahawa , mereka akan memindahkan sebanyak 99 peratus saham Facebook yang bernilai AS$45 bilion kepada organisasi ini secara berperingkat supaya dapat menghasilkan output serta produk yang berkualiti.




 

Sikap Zuckerberg yang tidak memandang wang sebagai tujuan hidup membuatkan beliau mencapai kejayaan hingga ke tahap ini. Dulu yang dikenali sebagai Facebook sekarang telah bertukar nama menjadi Meta yang dulu hanya berfungsi sebagai platform untuk berkomunikasi tetapi kini telah menjadi medium untuk menjana pendapatan. Sikap pemurah Mark Zuckerberg yang suka menderma juga telah membawa beliau jauh menelusuri kejayaan dalam hidupnya waau apa cabaran yang mendatang kepadanya. Itulah antara kunci kejayaan Mark Zuckerberg yang dapat kita lihat melalui garis masa hidup beliau.

 

 

Comments