refleksi: Kebijaksaan Mark Zuckerberg dan tahap IQ yang dimilikinya
Ditulis oleh: Fatin Hanisah binti Abd Jalil (A179493)
sumber: https://www.iq-test.net/what-is-mark-zuckerberg-iq-score-pms102.html
Kebanyakan manusia yang berjaya mempunyai tahap IQ
yang tinggi. Hal ini demikian kerana mereka akan memikirkan cara untuk mereka nampak
lebih cemerlang dan membanggakan diri sendiri khususnya bagi mereka yang
menceburi dalam bidang usahawan. Seorang usahawan yang Berjaya mestilah
mempunyai ciri-ciri kebijaksanaan dalam mengurus terutamanya mengurus
perbelanjaan dan mempunyai rancangan yang strategik dalam mengekalkan kejayaan
dan memastikan mempunyai rancangan sampingan sekiranya berlaku kejadian yang
tidak diingini (kerugian).
Kejayaan yang diperolehi oleh Mark Zuckerberg atau nama sebenarnya Mark Elliot Zuckerberg merupakan usaha dan hasilnya sendiri. Beliau juga merupakan salah seorang daripada manusia yang mempunyai tahap IQ yang tinggi iaitu sebanyak 152. Beliau merupakan seorang programmer dan ahli perniagaan yang sangat genius yang lahir pada 14 Mei 1984. Beliau telah mengasas Facebook dan sedang memegang jawatan sebagai Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO).
Dengan tahap IQ yang dimilikinya itu, Mark Zuckerberg telah mewujudkan satu rangkaian yang dikenali sebagai Facebook bersama rakan sebiliknya di Universiti Harvard untuk berhubungan dan berkomunikasi di antara satu sama lain pada 2004. Bidang yang diceburinya di Harvard ketika itu adalah psikologi dan Sains Komputer. Lalu mereka memperkenalkan dan memperkembangkan Facebook ke kampus lain. Sebelum wujudnya Facebook ini, beliau telah mencipta “the Facematch” dan “Coursematch” sekadar untuk keseronokan dan bertukar-tukar gambar. Mark mencipta Facebook bersama rakan-rakannya, Chris Hughes, Eduardo Saverin, Andrew McCollum dan Dustin Moskovitz di bilik asramanya di Harvard.
Walaupun mereka telah mencipta “The Facebook” bersama-sama melalui laman sesawang yang dipanggil sebagai "Thefacebook.com",
Mark telah dituduh kerana mencuri idea seniornya, Divya Narendra dan kembar
Cameron dan Tayler Winklevoss iaitu “the Harvard Connection” yang telah dirancang untuk dijadikan sebagai media sosial. Bagi menyelesaikan
masalah ini, Mark Zuckerberg telah memberikan tiga saham Facebook dengan harga
300 juta dolar atas tuntutan mahkamah kepada mereka.
Berdasarkan "Time Magazine", Mark Zuckerberg tersenarai di antara 100 orang terkaya dan orang yang paling berpengaruh di dunia dan di anugerahkan "Person of the Year Award" pada tahun 2010. Pada enam tahun selepas itu iaitu Desember 2016, beliau berada di kedudukan ke-10 dalam senarai "Orang yang Paling Berkuasa di Dunia".
Pada mulanya, Faceboook ditujukan kepada pelajar Harvard sahaja. Akan tetapi penggunaan facebook ini telah diedarkan kepada institusi Pendidikan lain termasuk “Yale, Darthmouth, Stanford dan Columbia”. Pada tahun 2013, Mark Zuckerberg telah memperkenalkan projek baharu yang dikenali sebagai “internet.org” dengan kerjasama firma telefon bimbit seperti “Qualcomm, Samsung, Opera Software, Ericsson, Microsoft, Media Tek dan Reliance”. Matlamat dalam projek ini adalah membolehkan penggunaan internet dengan lebih meluas di negara-negara membangun. Pada tahun yang sama, pembangun perisian (software developer), Mark Zuckerberg menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengerusi dalam Syarikat 'Facebook Inc' dengan tawaran bayaran gaji sebanyak $1.
Comments
Post a Comment