Refleksi : Gaya kepimpinan dan Prinsip Mark Zuckerberg mencapai Kejayaan

 

Refleksi : Gaya kepimpinan dan Prinsip Mark Zuckerberg mencapai Kejayaan

Disediakan oleh: Atirahnatasya binti Azman (A180089)

Sumber: https://www.geeknack.com/2020/11/2e5/mark-zuckerberg-leadership-style-and-principles/ 


Tidak mudah bagi seseorang individu untuk memimpin sesebuah syarikat atau perusahaan sehingga mencapai kejayaan. Syarikat atau perusahaan yang memerlukan ramai kakitangan dan banyak cabaran yang menanti memerlukan individu yang betul-betul bersedia untuk menempuhinya. Tanpa kesabaran ataupun kekuatan pasti akan tumbang dipertengahan jalan. Mark Zuckerberg boleh dijadikan contoh ketua yang baik dalam memimpin sesebuah syarikat yang mempunyai ramai tulang belakang bagi memberikan servis yang baik dalam meningkatkan kualiti facebook.




            Kejayaan dalam menjaga perusahaan dengan menjadi pemimpin yang baik bukanlah suatu perkara yang mudah kerana apabila menghadapi situasi yang sukar adakala kita akan kehilangan upaya dalam mengawal emosi kita. Namun tidak bagi Mark Zuckerberg. Beliau seorang yang tidak baran dan mampu mengawal emosi beliau jika berada dalam situasi genting. Bagaimana beliau mampu untuk mengawal emosi? Kita sebagai manusia biasa memang tidak mampu lari dari perasaan marah , namun sentiasalah ingat bahawa apabila kita berada dalam keadaan yang marah , kita akan sering melakukan keputusan yang salah yang mana akan menyebabkan keputusan yang dilakukan akan membawa penyesalan pada masa akan datang. Begitu juga dalam hidup atau apa sahaja yang ingin kita gapai. Kita hendaklah berada dalam keadaan yang stabil supaya dapat menghasilkan keputusan yang terbaik.

            Seterusnya, untuk menggapai kejayaan , kita hendaklah menjadi seorang yang berfikiran kritikal. Perkara ini amatlah penting kerana dalam apa jua perkara yang kita lakukan tidak akan semudah dan setenang air yang mengalir. Berbagai dugaan dan halangan akan hadir menyapa dan kita tidak boleh gentar. Kita perlu belajar untuk menerima dugaan tersebut sebagai suatu penguat semangat untuk menambah baik kekurangan yang ada pada diri kita bagi mencapai kejayaan yang diingini. Adakala kita tidak sedar akan kekurangan diri kita dan memerlukan sesuatu perkara atau situasi untuk membuka mata kita.

            Tambahan itu, setiap apa yang kita lakukan sudah semestinya kita menginginkan pulangan yang setimpal dengan usaha kita. Terdapat individu yang sentiasa memikirkan wang dalam apa jua yang dia lakukan. Namun begitu, sikap tersebut tidak akan membawa kita kepada kejayaan yang sebenarnya. Seperti Mark Zuckerberg , beliau tidak meletakkan duit sebagai visi hidup beliau tetapi beliau meletakkan orang ramai sebagai visi beliau. Apabila banyak syarikat yang menawarkan wang kepada beliau untuk membeli syarikat beliau , beliau menolak. Sikap ini yang patut ada dalam diri kita untuk mencapai kejayaan kerana wang bukanlah segala-galanya. Berpegang kepada visi yang ingin dicapai dahulu dan percaya kepada proses yang akan membawa kita kepada kemanisan kejayaan yang sebetulnya.

 

           


Jalan yang setiap individu ambil bergantung kepada keberanian mereka untuk berjaya. Lain orang lain jalannya , namun ada juga yang tidak mahu berganjak dari zon keselesaan dan hanya mengikut jalan yang sudah diterokai oleh orang lain untuk mencapai kejayaan. Mark Zuckerberg keluar daripada zon keselesaan beliau dan menempuh jalan yang tidak dilalui orang lain pada ketika itu untuk berjaya. Kita tidak perlu bermegah dengan kesusahan yang kita tempuh kerana semua itu adalah antara langkah untuk berjaya. Orang yang inginkan kejayaan pasti akan memikiirkan cara untuk melalui cabaran walaupun perlu melakukan perkara yang tidak pernah dilakukan. Usaha tangga kejayaan. Bangun dan lakukan perkara baharu yang berkemungkinan akan menjadi tanda aras untuk orang lain mencapai kejayaan. Letaklah di dalam minda bahawa tidak ada yang mustahil untuk dicapai selagi niat yang baik seiring dengan usaha yang berterusan.


            Akhir sekali, untuk berjaya seperti Mark Zuckerberg hendaklah mengerumuni diri dengan orang-orang yang positif dan menyokong usaha kita dalam menggapai keiinginan kita. Mereka yang menyokong kita dapat membantu kita dalam meningkatkan semangat malah mengangkat kita untuk terus kehadapan kerana mereka juga mempunyai keinginan yang sama dengan kita dalam bersama-sama mencapai kejayaan tersebut. Jadikan mereka sebagai motivasi kepada diri kerana kita hendak berjaya bukan sahaja untuk diri kita tetapi untuk orang sekeliling yang setia berada sehingga berjaya. Mereka juga pasti akan bangga dengan hasil usaha kita apabila sudah mencapai kejayaan yang diingini.


            Secara kesimpulannya, sifat kepimpinan dan prinsip Mark Zuckerberg sangatlah dekat dengan kita dalam mencapai kejayaan dalam apa jua bentuk sekalipun. Ramai yang senang dengan kejayaan Mark Zuckerberg kerana sikapnya yang sentiasa positif ,bukan sahaja terhadap dirinya malah juga terhadap orang sekelilingnya. Maka ambillah serba sedikit sikap Mark Zuckerberg yang masih berdiri sehingga kini dalam membina empayarnya.

Comments