REFLEKSI: CARA HIDUP MARK ZUCKERBERG
Nur A'dlina Binti Zulkefli (A179966)
Ulasan ini
adalah berkenaan dengan cara hidup seorang individu yang terkaya ke-5 di dunia
iaitu Mark Zuckerberg. Pada tahun 2017 nilai kekayaan Mark Zuckerberg
dianggarkan sebanyak RM 307 Bilion oleh Forbes dan menurut CNBC, jumlah
keuntungan yang dimiliki oleh Mark Zuckerberg setiap hari adalah sebanyak RM
18.83 juta. Walaupun beliau merupakan antara individu yang terkaya di dunia,
beliau masih memegang konsep besederhana dalam kehidupan beliau, malah beliau
juga tidak menunjukkan kekayaan yang melampau ini di mata dunia.
Jika
dipandang kebanyakan rumah orang kaya-raya, sekali pandang kita sudah dapat
mengagak kekayaan tuan rumah itu, tapi
berbeza dengan Mark Zuckerberg yang lebih memilih memiliki rumah yang sangat
sederhana. Citarasa Mark yang agak sederhana dan bersahaja ini juga memiliki
dekorasi dan perabot rumah yang sama dengan kebanyakan orang. Walaupun rumah
mark Zuckerberg beharga anggaran Rm 30 juta, namun berdasarkan kekayaan beliau,
beliau masih lagi boleh memiliki rumah seperti itu sebanyak 10,233 buah lagi.
Selain itu juga bagi mereka yang kaya-raya, ia menjadi satu trend untuk memiliki dan menayang kekayaan mereka melalui kereta yang mereka pandu dan antara kereta yang menjadi trend atau melambangkan kekayaan seseorang individu itu ialah kereta Bugatti, Ferrari, Mercedes, Lamborghini dan pelbagai lagi sehingga mencecah harga berjuta-juta ringgit. Namun berbeza pula dengan Mark Zuckerberg dan isteri lebih selesa untuk menggunakan kereta yang sederhana nilainya seperti kereta Acura TSX dan Honda Fit yang beharga kurang dari RM 300,000 bagi keduanya. Dan pada tahun 2014, Mark juga menambah koleksi keretanya dengan membeli sebuah Volkswagen GTI yang beharga RM 130,000 sahaja. Menurut pandangan Mark, kereta adalah medium untuk kita sampai ke suatu tempat sama ada mewah atau tidak asalkan ia selamat digunakan. Dan berdasarkan kekayaan Mark, beliau mampu untuk membeli 47,666 buah kereta Bugatti Veyron yang harganya setiap satu RM 6.4 juta.
Pada masa kini, kebanyakan masyarakat amat mementingkan penampilan dan bagi yang mampu, mereka juga mementingkan jenama pakaian mereka. Namun bagi seorang yang bekerjaya seperti Mark Zuckerberg, beliau lebih selesa untuk memakai t-shirt yang sama setiap hari dan boleh dikatakan warna t-shirt beliau adalah sama semuanya iaitu bewarna kelabu gelap. Tidak seperti kebanyakan orang kaya-raya yang lain yang lebih memilih untuk berpakaian yang menonjolkan dirinya, tetapi Mark tidak. Hal ini adalah kerana Mark sangatlah menghargai masa beliau sehingga tidak mahu menghabiskan masa beliau untuk memikirkan pakaian apa yang akan dipakai oleh beliau saban hari. Jenama baju yang sering dipakai oleh Mark ialah Brunello Cucinelli yang mana sehelai t-shirt itu beharga RM 1700 yang mana jika dibandingkan dengan kekayaan beliau, baju itu adalah sangat murah.
Walaupun
Mark Zuckerberg tersangat sibuk dengan kerja dan malah dikira sangat mampu
untuk makan di mana-mana restoran mewah dan mahal, namun Mark masih menggunakan
masanya untuk memasak dan meluangkan masa bersama keluarganya di rumah. Malah,
sebagai seorang bapa, Mark masih memenuhi tanggungjawabnya menguruskan
keperluan anak-anak beliau dan isterinya. Pada pendapat Mark, menghabiskan masa
bersama keluarga amatlah penting bagi tumbesaran anak terutamanya dan
mewujudkan suasana yang harmoni di dalam keluarga walaupun tekanan kerja yang
sangat tinggi. Jika dilihat pada kekayaan beliau, beliau sangatlah mampu untuk
menyediakan pembantu rumah di rumahnya, namun lebih memilih untuk menguruskan keluarganya
sendiri.
Dan tidak seperti masyarakat lain yang lebih memilih untuk merayakan sambutan ulang tahun dengan meriah dan mewah, bagi Mark Zuckerberg cukuplah ia dilangsungkan dengan sederhana tetapi menyambut ia dengan orang yang tersayang dan mampu mencipta kenangan yang indah dan berharga. Seperti ulang tahun pertama anaknya, Maxima yang dilangsungkan dalam suasana yang serba sederhana di rumah mereka tidak seperti kebanyakan orang yang menyambut ulang tahun pertama anaknya di luar negara dan di restoran-restorang yang serba mewah. Malah, Mark juga menyambut kelahiran ke-32 beliau hanya di pejabat sahaja bersama-sama isteri, anak dan staf-staf beliau.
Kesimpulannya, walaupun Mark Zuckerberg adalah individu yang tersenarai terkaya di dunia, namun, beliau masih memegang kepada prinsip falsafah kejayaan beliau dengan besederhana dalam soal kehidupannya dan lebih memahami dirinya tidak kira dalam soal kewangan, pengalaman dan lain-lain dalam menentukan sejauhmanakah dirinya boleh membuat sesuatu perancangan.
Comments
Post a Comment