REFLEKSI: BIOGRAFI MARK ZUCKERBERG
Nur A'dlina Binti Zulkefli
Ulasan refleksi ini adalah berkenaan dengan biografi Mark Zuckerberg, seseorang yang digelar jutawan muda yang mana beliau merupakan seorang pengasas kepada aplikasi media sosial yang diberi nama Facebook. Dengan berpegang kepada falsafah kejayaannya iaitu, "People don’t care about what you say. They care about what you build”, benarlah setelah kejayaan yang ditunjukkan oleh beliau sehingga ke hari ini tanpa mengenal erti berputus asa.
Mark
Zuckerberg atau Mark Elliot Zuckerberg merupakan anak kedua dari empat adik-beradik
dari pasangan Edward Zuckerberg iaitu seorang doktor gigi dan Karen Kempner
iaitu seorang pakar psikologis. Beliau dilahirkan pada 14 Mei 1984 dan dibesarkan
di New York, Amerika Syarikat dan minatnya pada bidang komputer dan pemograman
sudah dapat dilihat sewaktu beliau kecil lagi sehinggakan ayahnya menghadiahkan sebuah komputer kepada Mark ketika beliau berusia 8 tahun. Mark juga telah mendirikan rumahtangga
bersama Priscilla Chan dan dikurniakan 2 orang anak iaitu Maxima dan August
Chan Zuckerberg.
Pendidikan
beliau bermula di Ardsley High School dan melanjutkan pelajaran ke sekolah
menengah di Phillips Exeter Academy. Semasa berada di Phillips Exeter Acadamy, Mark
bersama rakannya, D’Angelo telah mencipta plug-in untuk MP3 Player Winamp yang
mana ia merupakan sebuah program komputer yang membolehkan ia berinteraksi dengan
aplikasi host seperti web browser atau emel bagi keperluan yang tertentu. Namun,
kedua rakan ini berpisah bagi meneruskan pengajian yang lebih tinggi yang mana
D’Angelo meneruskan pengajian di Caltech dan Mark di Harvard University. Pada tahun
2003, Mark telah mencipta Facemash khusus untuk penggunaan mahasiswa di Universiti
Harvard yang mana dalam tempoh 4 jam sahaja ia dapat menarik sehingga 450 orang
pengunjung.
Namun,
Mark Zuckerberg mengambil keputusan untuk drop out pengajiannya untuk
memberi tumpuan lebih untuk menghasilkan aplikasi Facebook. Beliau mengambil
keputusan untuk meneruskan penghasilan Facebook ini setelah kejayaannya dalam
mencipta Facemash, namun ia mempunyai penambahbaikan daripada sebelumnya. Pada tahun
2004, Facebook rasmi dilancarkan dalam kalangan mahasiswa di Universiti Harvard
untuk menggunakan aplikasi ini. Tujuan utama Mark Zuckerberg menghasilkan aplikasi
Facebook ini adalah untuk meghubungkan atau membantu komunikasi yang lebih
sistematik antara keluarga, rakan dan lain-lain. Setiap pemilik akaun Facebook
dapat berkongsi gambar, mesej dan sebagainya.
Dalam
tempoh 2 minggu sahaja, mahasiswa Harvard telahpun memiliki akaun Facebook ini,
malah beberapa kampus di sekitar Harvard juga berminat untuk memilikinya. Oleh
itu, Mark berjaya memperluaskan penggunaan Facebook ini sehingga 30 kampus yang
lain hasil daripada kerjasama dua rakan Mark yang lain. Saban hari penggunaan
Facebook diperluaskan dek kerana permintaan dari orang ramai tetapi dengan
syarat pengguna tersebut mestilah mempunyai alamat emel sendiri. Sehingga pada
tahun 2010, pengguna Facebook ini mencatatkan sehingga 500 juta pengguna dari
pelbagai dunia dan Mark juga telah disebut-sebut sebagai salah seorang individu yang
terkaya dan berpengaruh di dunia di dalam Person of The Year majalah
Time. Bahkan kisah hidupnya dijadikan inspirasi ramai dalam sebuah filem yang
bertajuk The Social Network.
Setelah
kira-kira 13 tahun selepas Mark Zuckerberg meninggalkan Universiti Harvard
untuk menumpukan perhatian kepada penghasilan aplikasi Facebook, akhirnya
beliau telahpun menerima Ijazah Doktor Kehormat (Undang-undang) dari Universiti
Harvard tersebut pada tahun 2017. Malah, beliau juga tidak pernah melupakan
sejarah jatuh bangunnya semasa membangunkan Facebook bersama rakan-rakannya di asrama dengan
berkunjung ke bilik yang pernah didiami dan digunakan oleh beliau dan rakannya ketika
belajar di sana dan meluangkan masa untuk melihat suasana universiti itu.
Dapat
kita fahami dari refleksi di atas, walaupun Mark Zuckerberg datang dari
keluarga yang bercukupan malah ibu dan ayahnya juga seorang yang bekerjaya,
namun Mark masih boleh mencapai kejayaan sehingga hari ini. Beliau tidak
berputus asa untuk mewujudkan apa yang diimpikan oleh beliau iaitu untuk
menghubungkan hubungan masyarakat dengan menggunakan aplikasi Facebook walaupun
pernah beberapa kali jatuh, namun Mark masih dengan pendiriannya iaitu “Tidak
ada yang mustahil,kamu hanya perlu terus berlari dan menembusi dinding (matlamat)”.
Comments
Post a Comment