REFLEKSI BERKENAAN BAGAIMANA MARK ZUCKERBERG MEMBERI INSPIRASI KEPADA GENERASI MUDA
NURUL IZZATI BINTI DZULKIFLI (A180117)
REFLEKSI BERKENAAN BAGAIMANA MARK ZUCKERBERG MEMBERI
INSPIRASI KEPADA GENERASI MUDA
Kejayaan
Mark Zuckerberg sebagai jutawan dan usahawan di usia yang muda telah banyak
memberi inspirasi kepada generasi muda kini untuk mengikut jejak beliau. Sikap
beliau yang bersederhana dan pemurah juga membuat orang sekeliling kagum dengan
kejayaan beliau.
Zuckerberg
terkenal dengan penampilannya yang sederhana iaitu kemeja-T dan hoodie
klasiknya meskipun mempunyai wang yang banyak. Hal ini adalah kerana beliau
terlalu sibuk dan tidak sempat untuk memikirkan pakaian apa yang harus dipakai.
Beliau berkata ““Aku cuma mahu ketenangan dan kebebasan dalam hidup. Aku tak
suka buat keputusan, kecuali jika keputusan itu sesuatu yang besar yang boleh
beri impak pada komuniti”. Oleh itu, dapat kita lihat bahawa Mark
Zuckerberg tidak mengambil peduli berkenaan hal yang remeh melainkan ianya
memberi manfaat kepada orang ramai. Justeru dapat kita lihat kejayaan dan
kekayaan seseorang itu tidak semestinya dilihat daripada pemakaiannya.
Sebelum wujudnya aplikasi Facebook yang memberi keuntungan
berlipat ganda, ianya bermula daripada dua aplikasi kecil. Mencipta sesuatu
yang besar sememangnya nampak hebat kerana ianya dipandang oleh segenap dunia. Namun,
ia sememangnya tidak mudah dan pasti memerlukan liku-liku, proses dan jangka
masa yang panjang. .Zuckerberg tidak menghasilkan Facebook dalam masa yang
singkat. Ia mengambil proses dan perjuangan yang panjang. Hal ini dimana,
beliau berhadapan dengan banyak masalah dan cabaran namun tidak pernah berputus
asa dan tetap meneruskan usahanya. Kegigihan yang Zuckerberg lakukan ini
memberi inspirasi kepada anak muda dimana satu kejayaan itu bermulanya dengan
satu atau beberapa kegagalan. Kegagalan yang dihadapi akan membuat kita
memperbaiki kesilapan yang kita lakukan untuk mencipta kejayaan kerana
kegagalan bukanlah suatu yang berterusan sekiranya kita berusaha.
Seterusnya,
Zuckerberg mengambil keputusan akan
belajar bahasa Mandarin pada tahun 2010. Antara faktor yang mendorong
Zuckerberg untuk mempelajari Bahasa Mandarin adalah keinginannya untuk
memperbaiki komunikasi dengan teman wanita ketika itu, yang kini bergelar
isteri iaitu Priscilla Chan. Selain itu, ia juga berkemungkinan didorong
oleh keinginan untuk menetap di China, iaitu pasaran yang memberi keuntungan
kepada Facebook. Pada 2013, beliau mendapat pujian yang meluas kerana
kebolehannya menjalankan sesi Soal Jawab di Universiti Tsinghua di Beijing. Sehubungan
itu, dapat kita lihat bahawa mempelajari bahasa kedua dapat meningkatkan
kemahiran kognitif dan fungsi otak selain daripada dapat mengembangkan
kerjasama dengan orang asing.
Selain
itu, Mark Zuckerberg ialah seorang yang suka menjalinkan hubungan sosial dengan
orang yang luar daripada jaringan Facebook. Pada tahun 2013, Zuckerberg
memutuskan untuk bertemu seseorang yang baharu. Hal ini dimana dengan
bertemu orang baharu, Zuckerberg terdedah kepada pelbagai perspektif pemikiran
dan pandangan yang berbeza dan dapat belajar daripadanya mengenai sesuatu
perkara. Berhubungan dengan itu, Zuckerberg telah mengupah Maxine Williams
sebagai pengarah kepelbagaian global Facebook pada tahun 2013. Oleh itu, apabila
kita didedahkan kepada pelbagai perspektif, kita bukan sahaja mengembangkan
asas pengetahuan kita, tetapi kita juga mempertingkatkan potensi untuk
kreativiti dan inovasi.
Antara
perkara yang dapat diinspirasikan daripada Zuckerberg ialah pada tahun 2015, beliau
telah mencabar dirinya dengan komited untuk membaca buku berlainan pada setiap
minggu. Beliau mengutamakan buku yang berkaitan dengan budaya,
kepercayaan, sejarah dan teknologi yang berbeza. Membaca buku mempunyai
pelbagai faedah membaca kepada diri. Menurut kajian yang dilakukan,
membaca bukan sahaja membantu kita memperoleh perbendaharaan kata yang lebih banyak,
ia juga meningkatkan kemahiran berfikir kita yang menjadikan otak sentiasa
bekerja dan berkembang dengan luas.
Pada tahun 2017,
Mark Zuckerberg telah menjelajahi seluruh negeri yang terdapat di Amerika
Syarikat dimana kira-kira 30 buah negeri yang dijelajahinya. Menurut Zuckerberg,
apabila menjelajah ianya akan meningkatkan mood dan pandangan terhadap kehidupan
malah beliau dapat mempelajari hal yang baru melalui orang baru yang ditemuinya
ketika melakukan penjelajahan. Beliau berkata “membaca, mempelajari perkara
baharu dan mengembara adalah lebih menyeronokkan dan lebih menarik daripada
kehilangan 20 paun”. Beliau juga agak komited dengan gaya hidup aktif. Hal ini
dimana semasa beliau mengembara ke seluruh dunia, beliau berusaha untuk bangun
awal, di manapun dia berada, dan membawa seluruh pasukannya untuk berjoging di waktu
pagi. Menurut Zuckerberg, "Ini adalah merupakan cara yang baik untuk
melihat bandar sebelum hari menjadi sibuk, dan juga cara yang bagus untuk
bangun, bertenaga dan menghilangkan jet lag." Tambahan pula, dengan bersenaman,
ianya akan meningkatkan kesihatan mental, membantu kita untuk kekal cergas
secara fizikal dan membina keyakinan.
Amalan yang dilakukan oleh Mark Zuckerberg patut dijadikan sebagai inspirasi bagi seseorang individu yang bercita-cita untuk menjadi seorang yang berjaya di usia yang muda. Hal ini dimana Mark Zuckerberg mengimbangkan hal fizikal dan rohani untuk mencapai sesuatu perkara dimana beliau juga menitikberatkan berkenaan gaya pemakanannya dimana beliau hanya makan daging yang disembelih oleh dirinya sendiri. Pemakanan adalah sangat penting untuk mengekalkan gaya hidup sihat kerana ianya mempengaruhi akal fikiran kita. Oleh itu, dapat kita lihat banyak perkara yang kita diinspirasikan melalui amalan Mark Zuckerberg.
Comments
Post a Comment