KERUGIAN YANG DIHADAPI OLEH MARK ZUCKERBERG DALAM MASA SATU HARI

 A179493- FATIN HANISAH BINTI ABD JALIL


Mark Zuckerberg merupakan manusia terkaya sekaligus merangkul nama sebagai jutawan termuda. Walau bagaimanapun, setiap jutawan pasti menghadapi keuntungan dan kerugian dalam menjalani bisnesnya. Hal ini merupakan roda kehidupan khususnya dalam dunia bisnes. Begitu juga dengan Mark Zuckerberg, beliau juga pernah menghadapi kerugian sebanyak $3 Billion dalam masa satu hari pada tahun 2016.

Kehilangan wang yang bernilai $3 billion itu disebabkan oleh syarikat tidak dapat mengekalkan pertumbuhannya. Perkara ini telah diungkapkan oleh CFO Facebook. Kemerosotan sebanyak 5.5% nilai saham dalam masa satu hari itu telah menjadi isu kerana Mark Zuckerberg memiliki saham sebanyak 418 juta saham. Walau bagaimanapun, jumlah nilai sahamnya masih kekal sekitar $50 billion.


Pada tahun 2018, facebook kehilangan nilai bersih sebanyak $9 billion atas faktor kehilangan data dan juga Facebook diceroboh oleh manusia yang tidak bertanggungjawab dengan mengakses akaun secara public. Kehilangan ini adalah jauh lebih besar berbanding kejadian kemerosotan nilai saham pada tahun 2016.  

Baru-baru ini, pada tahun 2021, aplikasi Facebook, Instagram dan WhatsApp gagal diakses hampir 6 jam secara serentak seterusnya mengakibatkan Mark Zuckerberg mengalami kerugian bernilai US$6 billion bersamaan RM25 billion selepas nilai saham jatuh kepada 5%. Insiden ini memberi impak tersebar kepada Mark kerana beliau merupakan pemegang saham terbesar di Facebook seterusnya menjadikan beliau turun tangga kelima terkaya di dunia selepas Bill Gates.


Kerugian yang dihadapi Mark Zuckerberg bukanlah 100% disebabkan oleh masalah teknikal semata-mata, malahan semenjak September lalu, Mark telah mengalami penurunan kekayaannya sebanyak $19 billion. Walau bagaimanapun, masih terdapat pelbagai masalah yang dihadapi oleh Mark mengenai rangkaian aplikasinya itu.

Antara isu yang berkaitan permasalahan itu adalah mengenai rusuhan Capitol pada Januari lalu dan ancaman terhadap kesihatan mental remaja perempuan di Instagram. Berikutan dengan permasalahan itu, kes ini adalah tidak benar sama sekali dan Facebook telah menafikan dakwaan palsu tersebut dan menjelaskan bahawa isu yang dihadapinya adalah bukan berkaitan dengan teknologi semata-mata malahan isu yang dihadapinya adalah sangat rumit. Mark Zuckerberg telah memohon maaf secara terbuka kepada pengguna di seluruh negara bagi tiga aplikasi tersebut melalui aplikasi twitter akaun miliknya kerana menjadikan segala urusan tergendala disebabkan oleh aplikasi yang tidak dapat diakses.

 


Comments