Kemahiran Mark Zuckerberg yang boleh dipelajari dan diaplikasi.
Ditulis oleh: Auni Hazirah binti Jamal ( A180000)
Sumber: https://www.linkedin.com/pulse/mark-zuckerberg-co-founder-facebook-inspiration-millennials-rao
Terdapat tujuh kemahiran Mark Zuckerberg yang boleh
diaplikasikan dalam karier ataupun kehidupan kita iaitu, ketenangan, berfikiran
kritikal, penyelesaian masalah, komunikasi efektif, tegas, punyai kesedaran dan
mempunyai visi.
Ketenangan ini dimaksudkan dengan tidak hilang pertimbangan
semasa berada dalam keadaan tertekan. Sesulit manapun sesuatu situasi, tetap
harus menanganinya dengan tenang. Selain Mark Zuckerberg dapat memelihara
hubungannya dengan pekerjanya, imejnya juga terpelihara kerana sikapnya yang
professional dalam mengawal keadaan tersebut.
Berfikiran kritikal yang diamalkan oleh Mark Zuckerberg ialah
apabila beliau mendapat sesuatu yang menarik minatnya, beliau akan cuba untuk
mempelajari, mendalami, dan membuat perubahan serta memanfaatkan hal itu
sehabis baik. Berdasarkan perkara ini, kita boleh melatih minda kita untuk
perlahan-lahan berfikir dengan cara kritikal sehingga menjadi kebiasaan dalam
diri.
Kemahiran dalam penyelesaian masalah juga penting yakni dapat
hadapi rintangan dan mewujudkan satu atau beberapa jalan penyelesaian. Mark
Zuckerberg merupakan seorang yang suka fokus dalam penyelesaian masalah dan
suka mempersoalkan samada dirinya melakukan perkara yang penting. Beliau
sentiasa cuba untuk mencari penyelesaian kepada sesuatu. Kemahiran sebegini
jika diterapkan, dapat membentuk individu yang yang boleh bertindak secara
rasional, sistematik dan berfikiran kritis.
Seterusnya, mempunyai kemahiran komunikasi yang efektif. Mark
Zuckerberg sentiasa cuba untuk mewujudkan satu syarikat di mana pekerjanya
sentiasa berkomunikasi antara satu sama lain. Oleh itu, beliau sentiasa
mendekatkan diri dengan mereka seperti bertanya soalan dan mengenali
perkerjanya dengan lebih mendalam Daripada cara ini, apabila kita bekerja dalam
satu kumpulan , lebih mudah untuk kita mendapatkan sokongan dan kerjasama
daripada ahli yang lain. Pelbagai idea dan pendapat dapat diutarakan kerana
dasar kepercayaan yang telahpun diwujudkan.
Selain tu, Mark Zuckerberg juga tegas dan mempunyai kesedaran
yang tinggi. Beliau tidak berminat melakukan sesuatu mengikut syarat orang lain
hanya kerana apa yang dilakukannya tidak dianggap normal. Kadang kala beliau
tersangkut dalam kontroversi tetapi beliau sedar bahawa manusia membuat
kesilapan dan beliau terima risiko-risiko yang bakal dihadapi. Daripada
membazirkan tenaga risau akan keadaan luar kawalan, beliau menggunakannya untuk
menyemarakkan kreativiti, inovasi dan tindakan yang telah memajukan kejayaan
perniagaan beliau. Oleh itu, kita tidak perlu terlalu bimbang akan apa yang
terjadi kerana tidak akan membawa kita ke mana-mana. Maka, lakukan sahaja dan
siap sedia dengan sebarang risiko kemungkinan.
Akhir sekali, mempunyai visi . Mark Zuckerberg mempunyai
banyak visi dalam kehidupannya seperti mahu meluaskan akses Internet kepada
negara membangun, menggambarkan minatnya terhadap masa depan hak asasi manusia
dan isu sosial secara global. Visi boleh
membantu kita dalam mencapai matlamat secara jelas. Dengan visi juga, ia dapat
mendorong kita untuk menjadi seorang yang lebih berusaha untuk merealisasikan
sesuatu idea.
Comments
Post a Comment