Kehidupan keluarga Mark Zuckerberg dan isterinya Priscilla Chan.

Ditulis oleh: Auni Hazirah binti Jamal ( A180000)

Sumber: https://www.cbsnews.com/news/facebook-ceo-mark-zuckerberg-wife-priscilla-chan-inside-their-home-family-life/ 



Menjadi CEO Facebook bukanlah perkara yang mudah terutama sekali apabila sudah berkeluarga. Namun begitu, ia bukan menjadi satu penghalang kepada Mark Zuckerberg dan juga isterinya, Priscilla Chan.

Selepas pasangan tersebut menimang cahaya mata pertama bernama Max, sebuah syarikat bernama  ‘Chan Zuckerberg Initiative’ iaitu sebuah syarikat pembiyaan dalam sains perubatan dan bidang lain telah ditubuhkan. Memiliki anak ini telah membuatkan mereka berfikir tentang semua perkara yang perlu diperbaiki di dunia untuk generasi akan datang.

Sebagai ibubapa kepada Max, Mark Zuckerberg dan Priscilla Chan sudah semestinya mampu untuk memberikan apa sahaja material kepada anak mereka. Namun begitu, mereka tidaklah berbuat sedemikian tetapi mementingkan tanggungjawab sebagai ibubapa dengan memberi keperluan mereka sahaja. Di rumah juga, anak-anak mereka mempunyai tugas . Ini dapat memupuk sifat tanggungjawab dalam diri anak-anak mereka. Kadang kala, Mark dan Priscilla membawa anak-anak mereka ke tempat kerja untuk melihat apa mereka lakukan ditempat kerja. Perkara ini juga membuka mata anak mereka bahawa kejayaan itu tidak datang dengan sendiri, tetapi usaha dan dedikasi yang tinggi.


Selain itu, sudah semestinya kehidupan  Mark dan Priscilla sibuk sehingga kadang kala mereka membawa kerja-kerja mereka pulang ke rumah. Namun begitu mereka menetapkan peraturan agar kerja-kerja mereka tidak mengganggu malam janji temu mingguan mereka. Pada malam janji temu, mereka akan meluangkan masa sehabis baik tanpa membangkitkan soal kerja. Cara ini dapat membaiki sebarang permasalahan yang timbul dalam hubungan mereka secara efektif.

Setiap tahun. Mark Zuckerberg akan cuba untuk mempelajari sesuatu seperti mempelajari Bahasa cina . Beliau lebih mahir bercakap daripada mendengar sesuatu bahasa. Manusia akan sentiasa harus mencari ilmu kerana ilmu tidak akan pernah cukup. Ini merupakan salah satu cara yang sangat bagus untuk membentuk cara pemikiran kita ke arah yang lebih baik. Sesunnguhnya ilmu itu sangat penting dalam kehidupan dalam meingkatkan taraf kehidupan.


Comments