Idea semata bukanlah kunci kejayaan

 

Ditulis oleh: Auni Hazirah binti Jamal ( A180000)

Sumber: https://www.inc.com/marcel-schwantes/facebook-ceo-mark-zuckerberg-says-this-1-mistake-could-be-holding-you-back.html


Ramai orang masih takut untuk memulakan sesuatu perkara kerana risau dengan pesaingan orang yang lebih pandai dan takut untuk gagal. Namun, bagi Mark Zuckerberg kepandaian seseorang tidak menentukan kejayaannya.

Mark Zuckerberg pernah berkata “Orang beranggapan bahawa inovasi hanyalah sekadar mempunyai idea yang baik . Hakikatnya, ia memerlukan kita untuk bergerak dan mencuba pelbagai perkara.”Jika kita mempunyai pemikiran bahawa mempunyai idea yang baik datang secara tiba-tiba, ini akan menjadi batu penghalang bagi kita memulakan sesuatu perkara.


Bagi menjana sesuatu idea, kita mestilah mempunyai satu pelaksanaan berperingkat. Dalam pelaksanaan ini, banyak idea akan dicuba jaya dan dilaksankan secara berterusan daripada menunggu sesuatu idea itu tercipta sepenuhnya tanpa sebarang kekurangan. Walaupun lama, tetapi ini merupakan proses yang sangat dinamik dan memuaskan apabila tercapai.

Jika orang masih menunggu untuk sesuatu idea itu tercipta sempurna dengan sendirinya, banyak perkara akan tertangguh. Facebook merupakan contoh baik yang boleh diambil. Idea asal facebook merupakan Facemash, sebuah platform bagi pelajar-pelajar di Harvard menilai seseorang berdasarkan rupa fizikal mereka. Tetapi pihak atasan kolej mengenakan tindakan atas dasar perlanggaran privasi dan hakcipta. Maka, Mark Zuckerberg terpaksa mengubah idea asalnya kepada idea yang baru. Idea akan menjadi semakin jelas apabila kita banyak membuat kesalahan. Oleh itu, kenal pasti permasalahan dan cuba untuk baikinya sehingga kita betul-betul pasti.

Selain itu, apabila kita ingin memulakan sesuatu projek, bantuan daripada orang lain juga penting. Orang yang kita pilih juga mestilah mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang boleh membantu meliputi pelbagai aspek. Ini juga membolehkan kita mendapat maklum balas daripada mereka dalam mengenal pasti perkara-perkara yang kurang agar boleh diperbaiki.

Comments