Ciri-ciri Personaliti Mark Zuckerberg Sebagai Jutawan yang Berjaya
Ainur Aisyah Binti Norharidan (A179526)
https://www.businessalligators.com/mark-zuckerberg-personality-traits/
Mark Zuckerberg merupakan seorang bilionair pada usia
muda, 24 tahun dan Ketua Pegawai Eksekutif laman rangkaian sosial Facebook yang
terkenal di seluruh dunia. Mark sudah pasti menjadi motivasi dan ikon kepada
generasi usahawan kini dan akan datang. Apabila perbualan mengenai Mark
Zuckerberg, terdapat pelbagai sudut padangan. Ramai membincangkan umur,
kekayaan, malahan cara pemakaian beliau.
Keperibadian Mark Zuckerberg kelihatan
sempurna kepada usahawan-usahawan baharu yang ingin mencapai kejayaan
sepertinya. Beliau ialah usahawan yang memiliki personaliti INTJ (Introversion,
Intuition, Thinking, Judgement). Beliau adalah seorang introvert secara semula
jadi tidak sama seperti CEO yang lain. Beliau dilihat kurang berkomunikasi
semasa pembentangan kepada pelabur. Beliau mempunyai visi dan berusaha untuk mencapai visi
dan matlamatnya. Mark mempunyai tabiat menyimpan jadual, mengekalkan struktur
dan mengawal sumber yang diperlukan untuk mencapai apa yang dia inginkan. Mark
Zuckerberg juga menyimpan buku nota kulit yang dipanggilnya "Buku
Perubahan" yang mengandungi semua idea untuk hala tuju masa depan
Facebook. Beliau paling tidak peduli tentang penampilannya dan tidak peduli
untuk menyesuaikan diri dengan fesyen terkini. Terdapat beberapa ciri-ciri
personaliti yang dimiliki oleh Mark Zuckerberg yang menimbulkan masalah
untuknya dan juga sebaliknya menjadikan beliau berjaya.
Ciri personaliti Mark Zuckerberg yang
mendorang beliau mejadi usahawan yang berjaya adalah sentiasa bersemangat
menjadikan idea satu realiti. Sifat semangat dan minat yang mendalam menjadikan
Mark Zuckerberg melakukan lonjakan paradigma diusia mudanya. Semangat dan minat
beliau begitu tinggi terhadap kerjaya cita-cita adalah untuk memberi manfaat
kepada orang ramai dan ia mendapat pujian. Sebelum tertubuhnya rangkaian
sosial, Facebook ini beliau sedar terdapat kekosongan dalam masyarakat pada
ketika. Hubungan antara masyarakat tidak dapat disambungkan dan ia membawa
beliau kepada idea untuk membina sesuatu yang akan menghubungkan manusia.
Beliau menggunakan teknologi dan kepakarannya dan melahirkan idea yang
dipegangnya. Ini adalah batu loncatan awal ke arah kejayaan. Mark menggunakan
idea ini untuk menghubungkan orang ramai melalui internet. Semangat dan minat
terhadap teknologi dapat dizahirkan sejak kecil lagi di mana, beliau
membangunkan program pemesejan, mencipta permainan komputer dan perisian muzik.
Syarikat Facebook adalah tapak asas untuk memenuhi visinya mendekatkan orang
ramai menggunakan bakatnya dalam teknologi. Pernyataan misi Facebook adalah
utnuk orang ramai berkongsi dan menjadikan dunia lebih terbuka dan berhubung
tanpa sempadan.
Ciri yang seterusnya adalah memiliki
tujuan yang lebih tinggi dalam perniagaan. Dikatakan bahawa tujuan hidup ini
adalah elemen penting jika ingin berjaya dan melakukan kebaikan untuk diri
sendiri. Mark Zuckerberg hanya memiliki satu visi dalam fikirannya iaitu
menghubungkan dunia dengan lebih luas. Beliau telah memberi tumpuan kepada
mencipta produk yang melengkapkan tujuannya. Pada asalnya, Mark tidak bermaksud
menjadikan Facebook sebagai sebuah syarikat ianya hanya memenuhi tujuan Mark
untuk menghubungkan dan merapatkan orang. Namun, jika lihat pada hari ini Facebook
bukan sekadar laman rangkaian sosial tetapi ia berjaya menyatukan rakan dan
ahli keluarga yang telah lama hilang. Jadi, memahami objektif utama dan tidak
terganggu pada masa anda tidak mendapat hasil yang diingini adalah pendekatan
terbaik untuk mencapai matlamat anda.
Personaliti yang selanjutnya adalah
Mark Zuckerberg ialah seorang pemimpin yang agresif tetapi beliau sentiasa memberi
galakkan kepada pekerja. Mark menjadi tegas apabila beliau tidak mendapat
keputusan tepat pada masanya. Rakan sepasukanya mentakrifkan beliau seorang
yang menuntut inovasi serta perkembangan yang berterusan. Ini dapat dilihat
melalui suasana di dalam pejabatnya dimana mereka bebas berfikir dan
berinovasi. Beliau sentiasa mendorong pekerjanya untuk menyampaikan lebih daripada
apa yang diperlukan daripada mereka. Mark sentiasa terbuka untuk cadangan dan
memberi pekerjanya masa untuk mengemukakan idea inovatif kepadanya. Di samping
itu, Mark disifatkan sebagai seorang dermawan meskipun beliau memilik banyak
duit. Beliau suka berbual dengan orang biasa dari seluruh dunia. Mark
Zuckerberg mahu dunia menjadi tempat yang lebih baik dan untuk ini, beliau
telah menderma $992 juta kepada Yayasan Komuniti Silicon Valley pada tahun
2013, $75 juta kepada Hospital Besar San Francisco pada tahun 2014. Beliau banyak
menderma kekayaannya di institusi-institusi pendidikan,badan-badan amal dan
hospital-hospital. Sifat pemurah dan dermawan beliau ini merupakan salah satu
asbab beliau berjaya dalam kerjayanya kerana beliau turut menyebarkan manfaat
kepada orang lain.
Percaya pada produk dan pasukan adalah
ciri personaliti terbesar Mark Zuckerberg dalam mencapai kejayaan. Beliau
percaya pasukan yang hebat adalah diperlukan untuk mencapai kejayaan dan
syarikat yang hebat tidak boleh dijalankan bersendirian. Menurut Mark, amat
penting untuk mencari pekerja yang visinya sejajar dengan visinya. Setiap ahli
pasukan harus saling melengkapi matlamat masing-masing. Kebijaksaan beliau
mengendalikan syarikat Facebook dengan mengupah orang yang lebih pakar dan
mahir daripadanya, pakar dalam domain mereka dan merupakan seseorang yang boleh
bekerja bersamanya. Mark Zuckerberg dan pasukannya percaya pada produk mereka
dan bersedia untuk mempertaruhkan semuanya. Tambahan pula, Mark memegang
prinsip utama iaitu tidak sekali-kali putus atas adalah asbab kejayaan beliau.
Beliau telah mendepani banyak halangan namun sebalik semua itu, Mark tidak
pernah goyah kerana halangan yang dihadapi ini menyebabkan beliau terus
berjaya. Beliau sentiasa
mengambil semua kritikan dengan cara yang positif dan menganggapnya sebagai
sumber untuk menyemarakkan kreativiti, inovasi dan tindakan yang telah
menghasilkan kejayaannya. Ciri keperibadian Mark ini membantunya untuk terus fokus
dalam memberikan nilai kepada pengguna dan pelanggannya.
Bergerak dengan pantas adalah ciri personaliti
yang membolehkan Mark Zuckerberg dan pasukannya membina lebih banyak perkara
dan belajar dengan lebih pantas. Sifatnya yang bergerak pantas, menyebabkan Mark
Zuckerberg mampu mencapai kejayaan dalam masa 10 tahun sahaja berbanding Bill
Gates mengambil masa 30 tahun untuk mencapai kejayaan. Selain itu,Mark sentiasa
mengambil pendekatan melalui maklum balas pelanggan. Beliau mendengar ulasan
penggunanya dan bertindak sewajarnya. Beliau juga membuat banyak perubahan
dalam Facebook berdasarkan pengalaman pengguna dan maklum balas mereka. Banyak
inovasi berlaku di Facebook kerana interaksi dan maklum balas pengguna. Dan
bukan sahaja inovasi yang ada, kebolehsesuaiannya dengan situasi telah membantunya
di pelbagai tempat lain juga. Mark mengetahui bahawa pengalaman pengguna sangat
penting dan semasa membuat keputusan dan menyebabkan beliau menyesuaikan diri
untuk mendalami pengalaman pengguna juga.
Kesimpulannya, ciri-ciri personaliti
yang dipamerkan oleh Mark Zuckerberg sudah terang lagi bersuluh menjadi sumber
kejayaan beliau dalam syarikat Facebook ini. Personaliti atau sakhsiah
melambangkan ciri atau sifat keperibadian yang membezakan di antara seseorang
individu dengan individu. Personaliti beliau ini sewajarnya dicontohi oleh
usahawan-usahawan baharu pada zaman kini agar ia mampu menjadi contoh dan ikon
dalam mengejar kejayaan.
Comments
Post a Comment