Adakah benar Mark Zuckerberg merupakan inspirasi Millennial terutama sifat kepimpinannya?
Ditulis oleh: Auni Hazirah binti Jamal ( A180000)
Sumber : https://www.linkedin.com/pulse/mark-zuckerberg-co-founder-facebook-inspiration-millennials-rao
Umum mengetahui bahawa Mark Zuckerberg merupakan pengasas bersama
Facebook dan merupakan CEO pertama dalam millennial. Beliau adalah
seorang dermawan, penjejak digital, dan majalah Time menamakannya Person
of the Year, 2010. Kebanyakan millennial mendapat inspirasi daripada ikon
keusahawanan ini untuk cemerlang sebagai usahawan.
Beliau menjadi simbol harapan dan teladan bagi belia secara
global kerana berjaya memecahkan tanggapan bahawa kepimpinan dan kejayaan tiada
kena mengena dengan usia dan pengalaman. Terdapat beberapa ciri kepimpinan Mark
Zuckerberg yang boleh diteladani.
Pertama sekali sudah semestinya usia menjadi penghalang untuk
mencapai kejayaan dan kepimpinan adalah mitos. Kepimpinan itu terletak kepada
individu itu sendiri samada individu tersebut bertanggungjawab dalam mengetuai dan
mengatur sesuatu hal. Seterusnya, berani mengambil jalan yang kurang diterokai
orang lain. Ini kerana jalan yang menjadi kebiasaan orang sudah mempunyai banyak
persaingan. Mengambil jalan yang kurang dilalui pula membolehkan kita meneroka
dengan sendiri dan berkemungkinan menjumpai sesuatu yang berharga. Cara ini mendorong
orang lain untuk turut mengikuti jejak langkah kita.
Kita juga harus fokus kepada matlamat kita dan berpegang
teguh kepadanya. Apabila kita kekal fokus,
secara tidak langsung perkara kita yang kita lakukan akan terisi dengan perkara
berfaedah selain membantu memanfaatkan masa yang ada.
Di samping itu, jika
mempunyai bakat yang terpendam, penting untuk kita gunakannya. Mengetahui
nadi orang ramai juga adalah signifikan untuk mengenal pasti keperluan mereka. Apabila
diagabungkan dua aspek ini, bakat yang ada serta menggunakan peluang pada waktu
yang sesuai, tidak mustahil kita dapat bergerak satu langkah ke depan daripada
orang lain dan terus maju mencapai matlamat. Contohnya, Mark Zuckerberg mempunyai
bakat programming dan mengenal pasti keperluan untuk berkomunikasi dengan orang
ramai, maka wujudnya Facebook.
Mark Zuckerberg merupakan contoh ideal dalam keseimbangan
kerja dan kehidupan. Selepas melahirkan anak pertama, dia mengambil cuti
paterniti selama dua bulan untuk meluangkan masa bersama keluarganya. Ini
menunjukkan beliau bukan sahaja layak menjadi CEO, tetapi ketua keluarga yang
baik.
Akhir sekali, melakukan perubahan dalam kehidupan orang lain dapat
memberi kepuasan yang lebih besar selain daripada hidup di luar jangka hayat kita.
Mark Zuckerberg telah membuat perubahan dalam kehidupan orang lain melalui
teknologi dan aktiviti dermawannya.
Comments
Post a Comment