Reflesi tentang Falsafah Perniagaan Mark Zuckerberg
DING JIEL XIN (A179947)
https://copip.wordpress.com/2014/04/25/making-mark-zuckerbergs-business-philosophy-work/
Ulasan ini menerangkan falsafah perniagaan Mark
Zukerberg sebagai antara usahawan yang paling berpengaruh pada abad ke-21 ini.
Antara
falsafah perniagaan yang dipegang oleh beliau ialah perasaan mendesak (sense
of urgency) di mana beliau menitikberatkan kepantasan dalam mencari masalah
dalam pasaran dan berupaya untuk menyelesaikan masalah itu dengan tempoh yang
singkat. Beliau juga mengatakan bahawa sekiranya seseorang itu hanya
melengah-melengahkan kerja dan tidak mempunyai rasa mendesak, maka tidak
mungkin untuk mereka mencapai sesuatu yang besar dan cepat. Pernyataan beliau
juga disokong oleh Profesor John Kotter di Universiti Harvard mengenai corporate
urgency.
Tambahan
pula, beliau juga menitikberatkan semangat mencabar status quo, iaitu tidak
berpuas hati terhadap pencapaian di depan mata dan focus kepada pencapaian yang
lebih cemerlang lagi pada masa depan. Semangat ini boleh dilihat apabila beliau
tidak sombong dan berpuas terhadap kejayaan Facebooknya, namun pada tahun 2021
beliau juga mencipta konsep yang berbentuk futuristik, iaitu Meta yang
bertujuan untuk mengembangkan lagi jaringan komunikasi di seluruh dunia.
Melihat
skop lain pula, beliau juga menyatakan dalam bukunya “Think Like Zuck: The
Five Business Secrets of Facebook’s Improbably Brilliant CEO Mark Zuckerberg”. Dalam buku tersebut, telah dinyatakan bahawa beliau sangat tertumpu kepada
persamaan media sosial dengan kehidupan sebenar dan peningkatan hubungan antara
satu sama lain. Oleh itu, seseorang adalah diharamkan untuk membuat profil
Facebook yang pelbagai di mana Mark sangat menekankan identiti sebenar dan
bertujuan untuk mencipta satu komuniti yang sihat dan berinteraksi dengan iklas
hati. Hal ini membuktikan falsafah pernigaan yang dipegang oleh beliau, iaitu
sentiasa ikhlas dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan
supaya dapat membina imej dan kredibiliti syarikatnya.
Di
samping itu, beliau sentiasa berpegang kepada prinsip dan tujual asal dia
memulakan perniagaan. Beliau selalu bertanya kepada dirinya, apakah perkara
yang paling penting yang boleh saya lakukan di mana dia menekankan perkhidmatan
yang terbaik daripada mengaut keuntungan semata-semata. Perkara ini menunjukkan
ciri-ciri usahawanya yang membezakan dengan peniaga biasa yang hanya bertujuan
untuk mendapat keuntungan tanpa memikirkan apa-apa sumbangan yang boleh
diberikan kepada masyarakat.
Akhir
sekali, dia sentiasa memberitahu pekerja syarikatnya supaya melakukan projek
yang mempunyai mereka minati dan tidak menganggapnya sebagai kerja yang dipaksa
untuk melakukannya. Sikap beliau yang sentiasa berpegang kepada objektif dan
misi merupakan falsafah kejayaan yang boleh dipelajari dalam bidang perniagaan
mahupun keusahawan.
Konklusinya,
falsafah Mark yang sentiasa mementingkan perasaan mendesak, merendah diri dan
berpegang kepada prinsip serta objektif wajib membolehkan beliau menghadapi
cabaran dan saingan yang sengit dalam pasaran.
Comments
Post a Comment