Refleksi tentang Cerita Mark Zuckerberg Memulakan Facebook

Ding Jiel Xin (A179947) 

https://www.youtube.com/watch?v=XXUIFPEDeVM

              Ulasan ini adalah mengenai latar belakang ringkas tentang Mark Zukerberg dan falsafah kejayaan beliau memulakan aplikasi Facebook sehingga menjadi antara usahawan yang paling kaya dan berjaya pada adab ini.

         Pertama sekali, iaitu latar belakang Mark Zukerberg. Beliau berusia 37 tahun dan merupakan lepasan dari Universiti Harvard, Amerika Syarikat di mana dia memulakan social media Facebook dengan rakannya di bilik asramanya. Semasa di sekolah menengah, beliau telahpun menggunakan komputer dalam penulisan perisian (programming) dan bapanya telah mengajarnya Atari Basic Programming. Di sinilah beliau mula membina minatnya terhadap perisian dan komputer. Hal ini menjelaskan bahawa kejayaan beliau bukan secara kebetulan, namun dia juga mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam penulisan perisian sehingga membolehkan beliau mencipta Facebook yang begitu berjaya. Tegasnya, latar belakang beliau menunjukkan satu falsafah kejayaan yang sangat penting, iaitu kepentingan ilmu dan kemahiran untuk menjadikan seseorang itu berjaya dalam sesuatu bidang yang diceburi.



            Sementelahan, falsafah kejayaan beliau juga boleh dinilai dari segi beliau mempunyai idea kreatif dan inovasi untuk mencipta sesuatu aplikasi baharu. Sebelum beliau mencipta Facebook, beliau telahpun mencipta pelbagai aplikasi dengan idea yang kreatif. Misalnya, “Facemash” yang membolehkan lelaki untuk memilih antara dua perempuan untuk dijadikan kawan dalam talian di mana aplikasi ini telahpun mendapat sambutan yang hangat semasa di Universiti. Dalam konteks ini, hal ini menjelaskan keupayaan beliau mempunyai daya pemikiran yang kreatif dan inovatif di mana beliau dapat melihat sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh orang lain dan berupaya mencipta sesuatu yang baharu di pasaran. Oleh itu, hal ini membolehkan beliau berjaya dalam bidang tersebut atas ideanya yang kreatif dan inovatif.

            Di samping itu, beliau juga berani mengambil risiko dalam sesuatu keputusan. Pada awalnya, idea Facebook tidak disukai oleh orang ramai kerana tidak suka gambar mereka dimuat turun kepada awam dan ramai orang mengejek idea Mark sebagai tidak praktikal. Namun demikian, beliau berani mengambil risiko dengan menghentikan pengajiannya di universiti dan memulakan pencipataan Facebook di sebuah rumah sewaan dengan keadaan yang tidak menentu. Meskipun demikian, beliau tetap kekal dan tabah menghadapi segala cabaran kerana sikapnya yang tidak takut mengambil risiko.

Pada tahun 2005, beliau bersama empat sahabat baiknya berjaya memulakan media sosial Facebook dan pada tahun 2007, seramai 100,000 perniagaan telah mendaftar akaun dan laman mereka dengan Facebook. Selain itu, penggunaan telefon bimbit dalam Facebook juga mencapai 350 juta yang menjadikan Facebook antara syarikat yang paling berjaya masa itu. Justeru, dapat dibuktikan bahawa sikap Mark yang sanggup mengambil risiko dalam membuat keputusan membolehkan beliau berjaya dalam bidang tersebut.


Meninjau perspektif lain, Mark juga seorang yang positif dan tabah menghadapi cabaran. Hal ini boleh dibuktikan apabila nilai saham beliau jatuh kepada nilai yang terendah sekali  pada tahun 2012 dan beliau berhadapan dengan pelbagai dakwaan mahkamah. Namun demikian, sikap beliau yang tidak berputus asa telah tabah menghadapi dugaan ini dan kini nilai saham telah menaik semula serta saham syarikat dijangka akan terus menaik pada masa hadapan. Izharlah, hal ini jelas membuktikan bahawa sikap Mark yang tidak berputus asa dan sentiasa berpegang kepada visi dan misinya telah menjadikan Mark terus berjaya dan menjadi antara usahawan yang paling kaya di dunia.

Pendek kata, falsafah-falsafah yang dipegang oleh Mark harus dijadikan teladan kepada kita dalam setiap perkara yang kita lakukan, dalam pembelajaran mahupun kejayaan pada masa hadapan.

 

 

 

Comments